Followers

Welcome to my life

Name: Mohd Hanifah
Occupation: Lecturer (Neo Art Institute), Digital Illustrator (My Iman Technologies), Graphic designer (Corus Hotel KL), Publishing Coordinator (Endona Corporation), Lecturer (SG Academy)
Education: Bachelor Degree of Art and Design, Uitm.
D.O.B: 14 April 1986
From: Johor
Current City: Kuala Lumpur.

MACAM RAJIN NAK BLOGGING SEMULAAAAA JE....




Monday 21 March 2011

Arachnophobia

Chicken-eating-spider.jpg
Spider Nest in Hotel Room






Apa itu Arachnophobia? Ia berasal daripada perkataan Arachnids dan Phobia. Arachnids adalah nama yang diberikan untuk haiwan2 berkaki 8. contoh yang paling mudah ialah kala jengking dan labah2. kalau mengikut istilah sains, labah2 dan jengking bukan dari keluarga 'serangga' kerana hanya haiwan berkaki enam dan mempunyai badan 3 segmen sahaja yang diklasifikasikan sebagai serangga. Phobia pula bermaksud perasaan geli, takut, ngilu, atau untuk lebih difahami, phobia bermaksud seriau (bulu roma naik, dan perasaan tidak selesa)

Aku seorang yang Arachnophobia. serius, mmg aku phobia dengan labah2. dulu mase kecik2 aku suka usik labah2. tapi ade bebrapa kejadian yang membuatkan aku betul2 phobia dgn labah2 ni.

1st, mase umur aku dalam 9 tahun kot, aku ade main nyorok2 dgn kgkwn aku. main kat tepi kawasan hutan. pastu punya la aku syok meyorok, tetibe je aku rase ade orang pegang bahu aku. tapi bile aku toleh belakang, xde plak sape2. last2 bile kawan aku dapat carik aku, die tak pasal2 menjerit panggil nama aku. aku pun dengan terkejutnye pun lari ke arah member aku tu, tp die plak lari selaju mungkin, seolah2 lari dari aku.  Sedang aku rasa pelik dengan perangai kawan aku tu, aku terasa leher aku plak mcm ade tangan geletek. pastu masuk plak ke dalam baju. aku pun cepat2 bukak baju dan baling baju tu kat tanah.. betape terkejutnye aku bile ternampak seekor labah2 yang besar tahap gaban sedang melekat kat baju aku tu. kalau x silap aku bukaan kaki2 labah2 tu sebesar tangan yang terbuka. badan die xla besar sangat, tapi kakinya yang panjang tu yang buat aku geli gile.

peristiwa kedua, simple je. aku tengah bersihkan rumah (mase tu umur aku dalam 11 tahun kot), tetibe time aku nak bersihkan sarang labah2 kat 1 sudut rumah aku  tu, seekor labah2 berbuntut besar jatuh betul2 kat atas kepala aku dan merayap sampai ke muka. yang aku ingat, aku terlalu terkejut plus geli sampai aku tampar bnde tu padahal tamparan tu kena kat muka aku skali.

peristiwa ketiga pun simple gak tapi mengingatkan aku kepada peristiwa ke dua. kucing aku yang sangat comel suke sangat main ape2 je yang bergerak depan dia. dlu pernah gak die bwk masuk anak ular ke dalam rumah aku. yang tu x geli la sebab ular cuma bahaya, tapi x menggelikan. so dipendekkan cerita, ade 1 hari ni aku ternampak kucing aku dok usik2 something kat bawah pintu rumah aku, aku pun selamba la konon nak keluarkan pe yang die main tu. mula2 aku ingatkan die main sebijik batu ke atau buah kurma yang jatuh kat bawah tu (sebab mase tu dah dekat2 hari raya), tapi bile aku usik je benda tu, tetibe je die gerak. baru aku perasan, yang benda2 macam akar kecik keliling "kurma" tu rupanya kaki labah2 tu! korang bayangkan la seekor labah2 yang buntutnye sebesar buah kurma! maka otomatiknye aku pun geli tahap babun. 

maka sampai ke saat ini aku masih lagi mengidap Arachnophobia. 1-1nye labah2 yang aku suke ialah spiderman. heheheh.
Black Spidey Issue 539

1 comment:

Mohd Hanifah said...

masih geli lagi.. huhuhuhu