Followers

Welcome to my life

Name: Mohd Hanifah
Occupation: Lecturer (Neo Art Institute), Digital Illustrator (My Iman Technologies), Graphic designer (Corus Hotel KL), Publishing Coordinator (Endona Corporation), Lecturer (SG Academy)
Education: Bachelor Degree of Art and Design, Uitm.
D.O.B: 14 April 1986
From: Johor
Current City: Kuala Lumpur.

MACAM RAJIN NAK BLOGGING SEMULAAAAA JE....




Friday 29 November 2013

"Alice: Madness Returns"

Assalam buat semua. aku rasa dah dekat  setahun lebih kot aku x berblogging.

ok2, malas nak cerita pasal perkara2 yang terjadi sepanjang setahun lebih ni, bleh sakit mental dibuatnya. Eh, cakap pasal sakit mental ni, hari ni aku nak share tentang "Alice: Madness Returns". Filem ape tu? Ke kartun? Macam x pernah dengar je.. hehe sbnrnye Alice: Madness Returns adalah sebuah adventure game untuk pelantar PS2, PS3 dan XBOX 360. So kenapa hari ni aku tetibe nak cerita pasal game plak? ape yang best sangat? Jawapannya: MEMANG BEST. DAN AKU SUKA JALAN CERITANYA.

Pernah tengok crita kartun Alice in Wonderland tak? ha sbnrnye "Alice: Madness Returns" adalah sebuah "plot twist" kepada kisah Alice in Wonderland. Jap2.. baca dulu k....

Cerita Asal:

"Alice sedang mendengar kakaknya membaca sebuah buku cerita di tepi sebuah sungai. buku yang dibaca oleh kakaknya itu adalah buku tanpa gambar. Alice mula berasa bosan dan ingin mencari perkara baru. tiba2 dia ternampak seekor arnab yang sedang terlompat2  menuju sebuah lubang yang besar dan dalam.  Alice terjatuh ke dalam lubang itu dan bermulalah sebuah pengembaraan penuh imaginasi di sebuah negara yang digelar Wonderland. 



Di sana, Alice berjumpa pelbagai watak2 aneh. Alice akhirnya  di tangkap oleh Ratu negara itu dan hendak dihukum kerana dianggap mengganggu perlawanan daun terup antara Ratu dengan lawannya. ketika hendak dihukum, badan Alice berubah saiz. kisah ini berakhir apabila Alice berjaya kembali ke alam sebenar, dan tersedar bahawa dia baru sahaja bangun daripada terlena di atas ribaan kakaknya."


ALICE: MADNESS RETURNS

Apa yang menarik dalam plot twist dalam game ni sebenarnya adalah bagaimana penulis skripnya menukar jalan cerita asal yang sangat sesuai dengan kanak-kanak, kepada sebuah cerita "psycho horror" yang mana watak utama iaitu Alice digambarkan sebagai seorang pesakit mental yang mengidap "schizophrenia" dan sering mengalami halusinasi akibat trauma yang melampau. Penyakit ini semakin parah apabila memorinya yang sudah lama hilang digantikan dengan sebuah ingatan lain yang menceritakan bahawa kematian kesemua ahli keluarganya adalah disebabkan perbuatannya sendiri.




Dalam "Alice: Madness Returns", Alice yang kini sudah menjangkau usia remaja, berada di sebuah rumah anak yatim dan dijaga oleh Dr. Bumby, seorang pakar sakit mental. Untuk menghalang Alice daripada mengingati peristiwa kematian ahli keluarganya, Dr. Bumby menggunakan teknik hipnotis supaya Alice boleh tertidur dan berasa tenang selepas sedar dari tidur. 

Alice & Dr. Bumby
Namun tanpa disedari, teknik tersebut sebenarnya telah membawa Alice kembali ke Wonderland yang kini sudah berubah kepada sebuah tempat yang penuh huru hara dan menakutkan. ini adalah kerana memori semasa berada di Wonderland ketika zaman kanak2 telah bercampur dengan ingatan palsu yang membuatkan Alice percaya bahawa dialah punca kematian ahli keluarganya.  

Sepanjang pengembaraan baru di Wonderland, Alice bersenjatakan pisau yang digelar Vorpal Blade. Alice membunuh setiap musuh yang hadir, semakin banyak darah yang tumpah, Alice akan menjadi semakin kuat. malah jika nyawanya hanya tinggal 10%, dia boleh mencapai suatu tahap yang digelar "hysteria" yang mana dia tidak akan cedera sedikitpun selagi masih berada dalam keadaan tersebut. pada ketika ini sebenarnya tubuh Alice sedang mengamuk di dunia nyata.

Alice- Hysteria

Alice akhirnya berjumpa dengan makhluk pertama yang dijumpainya di Wonderland semasa kecil iaitu Cheshire Cat. Menurut Cheshire Cat, keadaan huru hara dia Wonderland adalah disebabkan kuasa luar, dan bukannya Alice. Alice menjelajah seluruh Wonderland untuk mencari punca huru hara yang berlaku. Setelah beberapa pengembaraan, akhirnya Alice mendapat tahu bahawa sebenarnya orang yang membunuh ahli keluarganya bukanlah dirinya sendiri, kerana dia sudah mula teringat bahawa sebelum kakaknya Lizzie mati akibat hangus terbakar dalam sebuah kebakaran di rumah keluarganya, pintu bilik kakaknya itu terkunci dari luar, manakala ketika kejadian, Alice berada di bilik lain bersama ayahnya, dan melihat sendiri ayahnya rentung terbakar. Alice teringat bahawa Dr. Bumby lah yang sempat menyelamatkannya daripada kebakaran tersebut.  

Setelah menyiasat, barulah dia mengetahui kisah sebenar disebalik tragedi yang meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Sebenarnya Dr. Bumbylah yang membakar rumah keluarga Alice dan menculik Alice untuk dijual kepada bapa ayam dan pencabul kanak2. Selama ini Dr. Bumby menggunakan hipnotis terhadap Alice semenjak dia kecil supaya dapat menghilangkan ingatan Alice tentang kejadian kebakaran tersebut, dan mengalihkan kesalahannya kepada Alice sendiri.

Alice tersesat di Wonderland, sehinggalah dia berjumpa dengan satu watak jahat yang bergelar Dollmaker. Dollmaker mengubah setiap watak dalam Wonderland kepada patung2 permainan. Dollmaker sebenarnya adalah representasi watak Dr. Bumby yang menjadikan Alice dan kanak2 lain sebagai barang permainan yang boleh dijual beli.

 Cheshire Cat
Pertarungan terakhir di Wonderland adalah antara Alice dengan Dollmaker. Didunia sebenar, Alice sebenarnya sedang bangkit melawan Dr. Bumby di sebuah stesen keretapi. Di Wonderland, Alice dibantu oleh watak2 lain, yang mana di dunia sebenar  Alice dibantu oleh kanak2 lain yang sudah mula sedar mereka dipergunakan sepanjang mereka membesar di bawah jagaan Dr. Bumby.

Alice akhirnya berjaya mengalahkan Dollmaker di Wonderland, dan kemenangan tersebut memberikannya kekuatan untuk menentang Dr. Bumby di dunia nyata. Alice menolak Dr. Bumby ke atas rel keretapi sebelum membiarkannya mati digilis.

Doll Children


Dollmaker


Dia meninggalkan stesen tersebut dan melihat kawasan sekitarnya berubah menjadi sebuah tempat yang merupakan campuran alam nyata dan Wonderland. ini menunjukkan fikirannya sudah mula kembali kepada realiti.