Followers

Welcome to my life

Name: Mohd Hanifah
Occupation: Lecturer (Neo Art Institute), Digital Illustrator (My Iman Technologies), Graphic designer (Corus Hotel KL), Publishing Coordinator (Endona Corporation), Lecturer (SG Academy)
Education: Bachelor Degree of Art and Design, Uitm.
D.O.B: 14 April 1986
From: Johor
Current City: Kuala Lumpur.

MACAM RAJIN NAK BLOGGING SEMULAAAAA JE....




Thursday 18 October 2012

Abah Buat Aku Happy (A.B.A.H)

Assalam..

dikesempatan ini aku nk mintak korang sedekahkan Alfatihah utk Allahyarham Adenan bin Arshad. Bapak kawan aku, Adza Edie Izwan. post kali ni aku khas kan utk ahli keluarga beliau. so kalau ade yg x kenal nama2 yg ade dlm post kali ni, aku x ksah, just mintak sedekahkan Alfatihah k.

7 tahun yg lalu, aku berkenalan dgn sebuah keluarga yg sgt baik. mls nk crite panjang, senang crita, mereka2 dlm keluarga ni mmg byk mmbantu aku sepanjang aku study kat uitm sampai la aku dh bkerja. Ayah dalam keluarga ini adalah Allahyarham Adenan Arshad. Dia ni boleh la dikira bapak angkat aku. susah senang aku, kisah hidup aku, smuanya aku share dgn dia. kalau korang tgok, kat fb aku pun dia selalu comment setiap status yg aku update. kiranya dia mmg slalu amek tahu psal aku la.

sepanjang kenal dia, byk pkara yg dia pesan kat aku. antaranya, dia suruh aku ubah nasib keluarga kat kampung, ubah pandangan org thadap aku, dan kluar drp kepompong kemiskinan. wlupun smua tu msh blm trcapai sepenuhnya, aku ttp usaha utk tunaikn pesan arwah Pak Cik Adenan.

Sedih aku bila dpt tahu dia dah xde, patut la mase mlm raya puasa aritu, time aku call utk ucap slmt hari raya, dia ckp "Anip nanti dtg KL tau". Ayat tu mcm mmg suruh aku dtg, biasanya dia just tanya aku "bila lg nk dtg kl".  lpas dia xde ni baru aku prasan, seminggu sblum dia pergi, dia selalu sgt contact aku kat fb. selalunya dia mmg suka comment kat status aku, tp dlm seminggu tu, dia comment kat smua status aku, termasuk yg dulu2, dan dia like segala gmbr yg aku baru upload. org kata bila dh xde baru kite prasan dia nk pergi.

so dipendekkan cerita, walaupun aku x pnh panggil dia Abah sepertimana anak2 dia gelar dia kat rumah, tp utk menghargai segala jasa dan budi baik dia terhadap aku, aku sediakan sebuah lirik lagu khas utk mengingati dia dalam hidup aku. Lagu ni bukan utk aku sorg, lagu ni untuk anak2 dia, utk smua yg anggap dia mcm abah sndiri. bukanlah lagu ni dikarang utk dia dengar di liang lahadnya, tp just utk semua yg membaca lirik ni tahu kenapa aku menghargai dia. thanks alot, Pak Cik.


Abah Buat Aku Happy (A.B.A.H)

sesat aku di dunia baru
tiada tempat untuk ku tuju
saat itu hadir tanganmu
kau hulurkanku nafas baru

wajahmu tenang setiap masa
tidak terlihat apa di jiwa
susah senangku juga kau rasa
sedih dukaku kau tetap ada

abah selalu ada disisi
abah buat aku happy
abah selalu menemani
abah buat aku happy

yang hitam menjadi putih
yang putih menjadi terang
tidak lagi aku tersisih
abah buat aku tenang

kau faham benak hatiku
gelora aku di perantauan
kau tahu kisah hidupku
tak pernah aku engkau lupakan


abah selalu ada disisi
abah buat aku happy
abah selalu menemani
abah buat aku happy


Al-fatihah utk Allahyarham Adenan Arshad. 
ikhlas dari Mohd Hanifah, Gelang Patah, Johor Bahru. 

satu2nya gambar aku dgn arwah

P/S: susunan muzik utk lagu ni dah pun siap dan ia dicipta sendiri oleh anak Arwah Pak Cik Adenan iaitu Adza Edie Izwan. lirik dh ade, muzik dah ade, tinggal recording je. dgr cerita anak2 Arwah Pak Cik iaitu kumpulan D ADZA akan membuat videoclip dan menyanyikan sendiri lagu ni.

Tuesday 2 October 2012

Video: Anakku Razali

Assalam...

sebagai balasan tak update blog ni selama hampir setahun, aku rasa hari ni aku nk kongsi video yang aku buat bersama member aku, Adza Edie. sebelum tu, aku just nk bgtahu, member aku si Edie ni pun designer jugak, Blaja same2 mase kat UiTM dulu. Kitorang byk buat video dan ade jugak buat kerja2 lain bersama2, contohnya aku ade tolong dia buat storyboard filem Libas satu masa dulu. ade jgk suka2 buat lirik lagu. aku buat lirik, beliau susun melodi. mcm tu la pe'el kami semenjak dulu hingga kini... ceh yg aku cerita lebih2 pasal Edie ni apsal..kang kembang plak lubang hidung beliau.so marilah kita bersama2 menuju kejayaan dgn menonton video ini..... (menuju kejayaan ke? hahahah) 



Cast:
Mohd Hanifah (Bapak)
Adza Edie Izwan (Razali)
Adza Danial Haiqal (budak)

Cameraman: Ben
Script Writer: Mohd Hanifah & Adza Edie
Drector: Adza Edie
Storyboard: Mohd Hanifah

_______________________________________(^_^)______________________________________