Welcome to my life

Name: Mohd Hanifah
Occupation: Lecturer (Neo Art Institute), Digital Illustrator (My Iman Technologies)
Education: Bachelor Degree of Art and Design, Uitm.
D.O.B: 14 April 1986
From: Johor
Current City: Kuala Lumpur.

Keep on bloggin' bebeh.. u know what time it is........... keep bloggin' bloggin' bloggin'......




Followers

Wednesday, 8 February 2012

Pengalaman menentang jin..

As-salam kepada semua.
Selepas terlalu sibuk dgn kerja2 di pejabat, kali ni aku nak luangkan sedikit masa untuk bercerita kat sini. panjang jugak la benda yg aku nk cerita nih. Pasal pengalaman aku ketika pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina, dan cuti Maulidur Rasul yang disambung dgn cuti Thaipussam beberapa hari lepas.

Sebelum apa2, aku mintak siapa2 yg x suka baca pasal bab2 makhluk halus, bab2 jin, bab rasuk merasuk, atau bab silat, anda dibenarkan keluar dari topik nih. sebabnya, kali ni aku mmg nk bercerita tntang pengalaman yang berkaitan dgn smua tu. Tak nak percaya pun xpe, aku x rugi ape2 pun. lgpun aku x smpat nk rakam video la plak mase berlaku kejadian nih. so kalau agak2 xbleh nk percaya, anggap la ni just cerita je k.

ok. kite mulakan cerita.

INTRO
______________________________________________________________________________
Kalau korang yg baca ni duduk area kampung aku, mungkin korang tahu komitmen aku selama 11 tahun dalam dunia persilatan, jadi x mustahillah kalau aku atau rakan2 seperguruan didatangi oleh entiti2 halus seperti jin, saka dan sihir. tp korang jgn ingat kitorg bela jin plak. kitorg banyak mengamalkan zikir dan doa2 yang diamalkan oleh rasullullah, so harap xde la yg terlalu skeptik sampai nk anggap semua silat mengamalkan ilmu kebal/ sihir.

nak dipendekkan cerita, dalam banyak2 anak murid yang belajar pada tahun pertama persatuan silat ni ditubuhkan, hanya tinggal 4 orang je pesilat tahun pertama yang bertahan sampai ke hari ni. Aku, Bad, Azir, dan Yadi. yg lain smua pesilat baru. tapi sekarang boleh dikira sebagai 3 orang je la, sebab aku dah kerja kat kl, jarang ada masa nak bersilat, tapi setiap kali balik kampung mmg aku join dorg la.
so dalam 3 org kawan aku nih, 2 daripada mereka ni diberi amanah untuk menguruskan 2 buah gelanggang di kawasan kampung kami. untuk pengetahuan, persatuan silat yang kami join sejak 11 tahun lepas ni dah berkembang di seluruh negeri johor, secara total, ada lebih dari 20 gelanggang berdaftar, dan kami 4 org ni biasanya mengajar di 2 buah gelanggang yang di amanahkan. Gelanggang SMK Gelang Patah diuruskan oleh Azir, manakala gelanggang SMK Nusajaya diuruskan oleh Yadi. Aku dan bad slalu datang membantu je, sbb kitorg masing2 dah ade kerja yg tetap.

Yadi mmg mahir bersilat, gerak bunga silatnya beralun lancar, maklumlah dia pernah aktif dalam tarian zapin. yadi adalah antara pesilat yang paling cantik gerakannya sepanjang pertubuhan silat ini bergerak aktif. kerana itulah dia diberi amanah untuk menguruskan gelanggang SMK Nusajaya, dan menjadi jurulatih utama di sekolah tersebut.
_____________________________________________________________________

Bab 1: "AKU SUKA BUDAK NI!!"

Yadi dah dekat 3 atau 4 tahun menguruskan gelanggang silat di SMK Nusajaya. sepanjang dia mengajar di situ, x pernah pulak ada orang dengki atau buat apa2 yang tak baik pada dia atau gelanggang tu, tapi baru2 ni ada sesuatu yg berlaku. Yadi diganggu oleh sekumpulan jin. ketika dirawat, barulah kami dapat tahu bahawa selama ini ada mata yang melihat gerak geri Yadi ketika dia mengajar di gelanggang itu. Orang itu adalah seorang guru silat yang tidak berpuas hati kerana silat yang diamalkan olehnya tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk diajarkan kepada para pelajar di sekolah tersebut. silat yang diamalkan oleh guru dari tanah jawa ini diberi nama Silat Garuda Harimau.

sebenarnya pihak SMK Nusajaya tidak membenarkan silat Garuda Harimau ini diajar di sekolah tersebut bukanlah berdasarkan berat sebelah, tetapi sebenarnya pihak sekolah difahamkan bahawa terdapat amalan2 syirik yang diamalkan dalam pelajaran seni silat tersebut seperti ilmu kebal dan jampi serapah yang bukan berasaskan alquran. Nak dijadikan cerita, guru jawa ini telah menghantar sekumpulan 100 lebih jin untuk menguasai badan Yadi.

Masa aku balik kampung time cuti raya Cina haritu adalah 1st time aku tgok Yadi dirasuk jin, sebelum2 ni kitorg lah yg membuang jin dari badan pesakit, kali ni yadi plak yg dimasuki jin. Ayat pertama yang keluar dari mulut yadi setelah dimasuki jin adalah "AKU SUKA BUDAK NI, SILAT DIA CANTIK. AKU NAK BADAN DIA".  pada ketika ini, cikgu Zainudin dari SK Nusa Perintis yang berinteraksi dgn jin tersebut. Cikgu Din ni adalah salah sorg penasihat dlm perguruan kami. Masa tu Bad dan Azir datang lewat, so aku terpaksalah tolong mana yg patut.  Maklumlah, aku ni dah 5 tahun x bersilat, x mengamalkan zikir2 dan doa yg boleh jadi pendinding, so risau jugak kot2 xdpt nak bantu.
________________________________________________________________

Bab 2:  4 LAWAN 1

Rupa2nya jin yang memasuki badan Yadi ni bukan sebarangan jin, dia ni dari golongan atasan, lebih kurang sama level dgn jin jenis Ifrit. Patutlah degil betul bila disuruh keluar dari badan Yadi. Cikgu Din siap tikam, sembelih, dan libas secara makrifat, tapi jin ni x keluar2 jugak. Jin ni jenis yang betul2 taat pada tuannya. dan sanggup mati untuk tuannya. 

10 minit kemudian, Bad dan Azir sampai ke tmpat kjadian. Cikgu Din dah x larat nak layan jin ni yg mengejek2 sbb Cikgu Din x dapat nak keluarkan dia. tiba2 Abang Adan, guru yang mengajar Yadi, Bad dan Azir tentang perubatan Ruqyah datang untuk membantu. Cikgu Din dah tak larat nak teruskan, tinggal aku, azir,bad dan abang adan je. Kami 4 orang buat bulatan dan mula membuat "pagar" di sekeliling yadi supaya jin tersebut tidak berpindah ke dalam badan orang lain.

dipendekkan cerita, daripada berlawan secara ghaib, sampailah betul2 bersilat 4 lawan 1, kami dapati jin ni bukan setakat boleh tiru gaya persilatan Yadi, malah dia boleh buat kami keliru sama ada yadi dah betul2 sedar atau x. maklum lah yg kami lihat secara zahir memanglah tubuh badan yadi, tapi setiap kali dia bergerak, tapak silat yang dibukanya berubah2, sekejap gaya silat Yadi, sekejap gaya silat Cikgu Johari (guru silat kami), dan kadang2 dia buka gaya silat Helang Putih atau silat harimau. Kami terpaksa jatuhkan yadi dan akhirnya  Abang Adan sempat mengeluarkan jin ini menggunakan surah al-kausar dan memasungnya ke dalam beberapa biji buah limau purut.
_________________________________________________________________________

Bab 3: Yadi vs Guru silat Garuda Harimau

aku ingatkan cerita pasal jin ni dah habis selepas jin tersebut dibuang keluar oleh abang adan. sehari selepas kejadian tu, aku balik ke kl. maklumlah cuti bukannya panjang. lebih kurang seminggu kemudian, aku balik ke kampung sekali lagi sempena cuti Maulidurrasul dan Thaipussam.

rupanya kali ni yadi dah kena lebih teruk. Aku sampai2 je kat tmpat yadi berubat, aku tgok yadi dah lembik. rupanya sebelum aku sampai, tubuh dia dah bertarung dgn Cikgu Din.

time ni cuma ada Yadi, Cgu Din, Hadi, Bad, dan aku je. kejadian ni berlaku kat surau sekolah Nusa Perintis.
 Jin tu kata (menggunakan tubuh yadi), "aku nak dia mati". so nak dipendekkan cerita, Cikgu Din dan anaknya Hadi menarik jin2 yg ada dlm tubuh Yadi ke arah tangan kanannya dan memaksa jin tersebut menulis beberapa perkara.di bawah ni antara perkara yang sempat ditanya beserta jawapannya sekali (jawapan ditulis di atas kertas, di tulis oleh tangan yadi yg bergerak sendiri)

Siapa nama tuan kamu: Sharif bin rafirem
Kenapa dia hantar kamu ke badan Yadi: mahu dia mati
Berapa banyak jin yg dihantar: 107
Berapa yang dah mati (rawatan sebelum ini): 57
Alamat rumah tuan kamu: 173, jalan jelutong, kampung pulai, gelang patah, johor
berapa kumpulan yang dihantar: 6 (depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan)
berapa orang ketua: 6
kamu jin islam atau kafir: kafir
tuan kamu islam atau kafir: islam
tuan kamu berasal dari mana: indonesia
apa amalan tuan kamu: silat Rarudah Rimau (garuda harimau)

selepas selesai menjawab di atas kertas, tangan yadi jadi lembik, betul2 lembik, kalau korang ade kat situ korang bleh tgok tgn yadi lembik mcm baru lepas patah tgn.

tiba2 yadi yg dlm kadaan sedar nk cakap sesuatu tp mulut dan hidungnya seperti dikunci rapat. merah padam muka yadi. rupanya jin tu menutup ruang pernafasan yadi. nsb baik Cgu Din sempat bacakan surah al-Fil dan lepaskan cekikan jin tu secara makrifat. kalau x sempat, time tu jugak yadi bleh meninggal dunia dsbbkan x dpt bernafas.

lepas tu badan Yadi dikuasai sepenuhnya oleh jin2 tersebut. sekali lagi kami terpaksa bertarung dgn Jin silat garuda harimau ni. mmg betul2 hebat langkah silat jin ni, maklumlah badan yg dikuasainya pun mmg badan seorang pesilat yg berbakat. tapi kali ni kami x lawn guna silat, kami terus je guna makrifat. beberapa kali jugak yadi terpelanting bila ditolak dgn makrifat pedang zulfaqar yg digunakan oleh cikgu Din. ade jugak beberapa kali ydai cuba menyerang aku, nsb baik la time tu bacaan aku menjadi, maka dapat jugak la aku tolak yadi secara batin. tp mase yadi tercampak ke dinding, aku dpt rasa tgn aku kena tarik oleh jin2 tu.

_____________________________________________________________________

Bab 4: Cari rumah guru Silat Garuda Harimau.

Sebenarnya sepanjang badan yadi dikuasai, yadi berada dalam keadaan separa sedar, dan sedang berdepan dgn guru silat garuda harimau tu. mcm mana dorg berlawan tu aku x pasti, tp yadi banyak kali jerit kat cgu Din supaya hantar serangan balas secara serong. sebab jin2 tu buat benteng di setiap penjuru depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. 

Cikgu Din dan anaknya Hadi terpaksa tidurkan dulu jin2 yg berada di badan Yadi. xtau la apa yg dibaca, sebab kaedah yg ni aku baru 1st time tgok, dan x pernah belajar. Yadi tertidur serta merta, dan menurut Cgu Din, jin2 yg masuk ke dalam badan Yadi ni pun tertidur skali, tp dlm tempoh yg terhad je, kalau yadi sembahyang atau baca quran, jin2 ni akan bangun sedikit demi sedikit. dlm 5 minit kemudian yadi sedar semula, tp jin2 tu masih x sedar sbb x dengar bacaan alquran lg. 

Gikgu Din buat mcm tu sebab risaukan yadi yg semakin lemah, so at least sepanjang jin2 tu tertidur, dapat la jugak yadi dan Cgu Din berehat sekejap. dah berapa hari diorang bertarung. ofcoz la penat.

Tak lama kemudian Azir dan Abg Adan sampai, selepas berbincang, kami buat keputusan utk cari guru silat garuda harimau ni. tapi kitorg gi minum2 dlu sbb kne tunggu Cgu Johari sampai. Dia nak join sekali.

dipendekkan cerita (padahal dah panjang dah heheh), selepas Cgu Johari sampai, kitorg terus bergerak ke kawasan kampung Pulai, dan cuba mencari alamat yg diberi. 4 buah kereta dan 6 buah motor. anak buah Azir dan Yadi pun turut menyertai konvoi mencari guru silat yg menghantar jin ke badan yadi ni.

malangnya, setelah kami mencari, baru kami dapati sebenarnya jin yg beri alamat ni dah tipu. memang kat situ ade alamat yg diberi, dan mmg ade org kenal guru ni, tp jalan jelutong ade banyak. dari jelutong 1 sampai jelutong 6.





bersambung.. (penat plak taip panjang2.. hehehe) harap sabar menunggu.

p/s* aku mmg x smpat nk rakam video mase kjadian, tp kalau x silap ade org lain smpat rakam kjadian ni guna handset dorg. tp atas permintaan yadi, kalau aku ada videonye pun aku xkan publish, takut org salah faham atau mendatangkan fitnah. cukup la sekadar korang baca je k. percaya atau x tu terpulang kpd penerimaan masing2, aku taip ni pun just nak cerita pengalaman cuti aku je, xde niat lain. sbb aku rasa pengalaman kali ni agk seronok utk dikongsi.


"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku" ( surah Adz-Dzariyat : ayat 56)

kalau rajin, tunggu la sambungannya nanti k. skrg aku dah mula nak bz... heheh kalau sempat aku sambung lagi. bye2 for now.. :)

Thursday, 29 September 2011

Khasiat Suratul Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.


Salam Ukhuwah.

Wednesday, 21 September 2011

Solat Dhuha: Magnet Rezeki

SALAM BAHAGIA.

Rakan2 muslim sekalian, aku ada perkara penting nak share..
Benda ni bukan suka2 hati je aku taip kat post kali ni. Benda ni based on pengalaman aku baru2 nih..

Nak kata baru tu x la baru sangat.. dalam 2 bulan lepas la.. mase bulan puase..
Nak dipendekkan cerita, mase aku beli buku The Choice karya Syeikh Ahmad Deedat, aku terpandang
1 lagi buku yang bertajuk "Rahsia Solat Dhuha: Magnet Rezeki"

aku tak ingat la plak sape penulisnya, nak check balik, buku tu skrg pada kawan aku la plak.
tapi, aku masih ingat lagi antara content2 penting dalam buku tu.

Ia menceritakan tentang bagaimana Allah telah sediakan rezeki yang tersembunyi untuk setiap manusia.
terpulang kepada manusia itu sendiri sama ada ingin memohon rezeki tersebut atau tidak.

sepertimana dalam doa yang kita gelar sebagai ayat seribu dinar:


Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka oleh hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
So, cuba kita tengok perkataan yang aku highlight warna merah tu, pernah tak kita terfikir, bahawa Allah sebenarnya dah "spare"kan rezeki untuk kita incase kalau kita dalam kesusahan?
Ada kalanya kita dah betul2 xde duit untuk makan, untuk bayar hutang, tapi tiba2 je ade org bagi duit ke, ada orang bayar hutang yang dia pinjam kat kita ke, atau tiba2 bos umumkan kita dapat bonus.. mase tu ramai antara kita yang happy tanpa terfikir, siapa yang uruskan hal rezeki kita daripada kita hampir x cukup duit nak makan, kepada kita dapat teruskan hidup. Benda ni berlaku kat hampir semua orang. Dalam bahasa melayu, kita selalu sebut sebagai "dapat durian runtuh".
kalau kita fikirkan balik, hampir SETIAP KALI kita ada masalah, susah mcm mana pun, mesti kita bleh survive, pernah kita fikir kenapa?? Jawapannya, Allah izinkan kita survive... macam mana Allah izinkan kita survive? Dia berikan "rezeki spare" yang memang Dia simpan untuk saat2 kita memerlukan, sebab time2 susah mcm ni baru kita sungguh2 nak berdoa pada Dia. So Dia pun turunkan "rezeki spare" dengan pelbagai cara.

contohnya: 
1) kita try pinjam kawan2... tak pasal2 kawan kita tu bagi lebih daripada yang kita perlukan, dan dia kata x payah bayar balik.. tu pun kira rezeki yang tak disangka2.

2) tiba2 je ada orang mintak tolong buat ape2 kerja ringan, dan dia bayar plak pada kita dgn jumlah bayaran yang lebih dari sangkaan

3) kita lupa kat dalam bank masih ada sejumlah wang yang cukup untuk survive sampai next gaji.

pernah kita terfikir siapa yang susun semua ni? 

So mcm ni la ye, nak taip panjang2 aku malas, biar aku bagi korang 1 bentuk metafora yang mudah untuk korang faham.. cuba ibaratkan rezeki ni adalah sebuah akaun simpanan. rezeki yang korang dapat setiap hari adalah rezeki yang Allah berikan sikit2 tapi setiap hari kompem dapat. maksudnya rezeki yang korang dapat disebabkan duit gaji korang, means rezeki yang korang dapat sebab korang berusaha.
Macam yg kita tahu, kadang2 ada masanya kita belanjakan duit melebihi kadar biasa, dan hujung2 bulan kita dah tak ada duit... (rezeki meliputi banyak cabang, tapi aku fokus kat bab duit je k)

so kalau kita tahu caranya, kita boleh lah mintak "rezeki advance", maksudnya mintak Allah keluarkan rezeki yang sepatutnya  tersimpan sebagai "spare". macam mana caranya?? kat mana Allah simpan rezeki spare ni??

Rezeki tersimpan kat tempat2 ni:
1) langit- kita tahu setiap rezeki yang datang kepada kita dibawa turun dari langit oleh malaikat. jadi masih ada banyak rezeki di langit yang belum diturunkan kepada yang berhak selagi Allah tak izinkan.

2) dalam bumi- rezeki dari dalam bumi bukan semata2 bermaksud tanam2an dan binatang yang boleh dimakan sahaja, sebaliknya, jika kita berbakti pada bumi juga boleh membuka pintu rezeki yang tersimpan didalam bumi. contohnya, kita decorate laman rumah kita, untuk jadikan permandangan di rumah nampak cantik, itu pun dikira sebagai berbakti pada bumi, sebab mengindahkan persekitaran bumi, so Allah boleh keluarkan rezeki dari bumi jika Dia mahu... mungkin time2 kita tengah dok decorate laman tumah tu, ade orang berminat plak nak beli bunga yang kita guna untuk hias laman rumah kita tu, atau ade plak yang mintak upah supaya decorate rumah dia secantik rumah kita.. semua tu Allah boleh je aturkan kalau Dia mahu.

3) Haram- jangan salah faham k.. maksud haram kat sini ialah, rezeki tu masih belum boleh jadi hak kita sebab dia masih belum halal digunakan atau dimakan oleh kita. contohnya, korang nampak sekor lembu tengah dok makan rumput, pada ketika ini, lembu tersebut masih berstatus haram dimakan, sebab masih hidup dan belum disembelih menigkut cara islam.. boleh fahamkan?
katakan la 2-3 hari kemudian, sorg jiran korang bagi danging lembu tersebut kpd korang, sebab lembu tu dah disembelih.. so pada keitika ini sebenarnya Allah dah bukakan pintu rezeki yang sebelum ini tersimpan disebalik hukum haram.

4) jauh- yang dimaksudkan jauh di sini bukan sahaja jarak antara rezeki itu dengan korang, tapi termasuk juga proses untuk rezeki itu datang kepada korang. contohnya korang buat loan bank, dan loan tu makan masa berbulan2 untuk diluluskan. proses menunggu kelulusan loan tu pun boleh dikira sebagai rezeki yang masih "jauh", tapi kalau pintu rezeki yang datang dari "jauh" ni Allah nak buka, tiba2 je korang bleh dapat info dari bank yang loan korang tu dah lulus.. senang paham kan?

5) susah- yang ni pun sama macam "jauh" tadi, Allah simpan rezeki dalam kepayahan untuk mendapatkannya, maksudnya kalau Allah nak bagi "advance", anytime je benda susah jadik senang.. bleh pahamkan?


Ok, dah tau kat mana tersimpannya rezeki "spare" ni, macam mana pulak nak mintak "advance" daripada Allah??

ada banyak cara, yang selalu org buat adalah dengan membaca ayat seribu dinar tu..

tapi sebenarnya ada 1 cara yang aku berani cakap 90% berhasil kalau kita yakin dan istiqamah melakukannya. iaitu SOLAT DHUHA.

Solat Dhuha ialah solat sunat 2 rakaat yang hanya boleh dilakukan pada waktu Dhuha (antara selepas subuh dan sebelum zuhur) waktu yang paling afdal ialah sekitar pukul 10am.

Cara melakukan Solat Dhuha:
Sama macam solat sunat 2 rakaat yang biasa, 
pada rakaat pertama selepas alfatihah disarankan membaca surah Waddhuha
pada rakaat kedua selepas alfatihah disarankan membaca sama ada surah as-syams (Wassyamsi Waddhuhaha) atau surah al-insyirah (alam nasyrah)
dan selepas memberi salam, berdoalah dengan doa solat dhuha ini:


ALLAAHUMMA INNADDHUHA-A DHUHA-UKA WAL BAHAA-A BAHAA-UKA WAL JAMAALA JAMAALUKA WAL QUWWATA QUWWATUKA WAL QUDRATA QUDRATUKA WAL ‘IS'MATA ‘IS'MATUKA ALLAAHUMMA IN KAANA RIZQII FISSAMAAI FA ANZILHU WA IN KAANA FIL ARDHI FA AKHRIJHU WA IN KAANA MU’SIRAN FAYASSIRHU WA IN KAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU WA IN KAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU BIHAQQI DHUHAA-IKA WA BAHAA-IKA WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA AATINII MAA AATAITA ‘IBAADAKASHSHAALIHIIN.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, perlindungan adalah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezeki kami masih di atas langit, turunkanlah, jika masih di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuhamu, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami segala yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

  


Berdasarkan pengalaman aku, selepas sekali je aku buat solat dhuha ni, alhamdulillah rezeki mula bertambah, walau pun sikit, tapi bertambah. syarat untuk mendapat rezeki yang berterusan melalui amalan solat dhuha ni, cuma perlu istiqamah, maksudnya kena berterusan. lama kelamaan korang akan rasa mcm rugi kalau x buat solat dhuha ni, setakat ni alhamdulillah aku x tinggalkan solat dhuha, lepas solat subuh, aku siap2 utk g kerja, agak2 nk keluar je dari rumah aku buat solat dhuha, insya allah kalau korang buat, korang akn dpt tengok sendiri perubahan pola rezeki korang. yg pntng kena yakin, dan jangan la dok buat solat dhuha je sampai solat yg wajib korang tinggal... tu dah lain dah tu.. huhu

untuk pengetahuan korang, selepas 5hari mengamalkan solat dhuha ni (time tu dah dekat2 nk raya):
1) aku dapat income drp program affiliate internet marketing yg aku join utk saje2 je
2) ada org belikan aku kasut raya yg mahal tanpa aku expect
3) bos umumkan bonus raya ialah sebanyak rm1000
4) tiket balik kampung ade org belikan
5) dah besar panjang pun dapat duit raya drp mkcik aku
6) dgn bonus tu aku dpt daftar utk amek lesen (setelah 5 tahun tangguh sbb masalh kewangan)
dan banyak lagi..

so, aku sangat syorkan korang buat solat sunat Dhuha ni k. mudah-mudahan korang istiqamah dan dapat rezeki yang korang x jangka. dan mudah-mudahan rezeki yang datang pada aku ni berterusan selagi aku berterusan mengamalkan solat sunat dhuha nih...

ha! ape kata, korang buat sungguh2, dan kalau ada rezeki yang korang dapat selepas buat solat sunat dhuha ni yg datang dgn cara yg korang x sangka2, bleh la share kat sini... :)

k tu je kot buat mase ni.. bye! salam....

Sunday, 24 July 2011

Jodoh di tangan Tuhan


Salam bahagia kepada semua..

Mak aih lame gile aku x update blog nih, bukan pasal bz, sbenar2nye dlm bbrape bulan ni aku btol2 xde idea nak cerita pasal ape kat blog nih. Lgpun dlm bbrapa bulan ni, aku hadapi byk dugaan. Banyak sgt. Dugaan besar, dugaan kecik, masalah lama yg x setel2, masalah baru.. huhu.
Aku sebenarnya sekarang banyak berfikir, bfikir mcm mana untuk upgrade diri sndri, utk ubah tggapan org thadap aku. Kalau bleh xnak la dok kat tmpat yg sama, buat kerja yg sama, dpt hasil yg sama. Kalau bleh nk jgk upgrade, dari segi ekonomi, nk jugak dpt income yg lebih.. so skrg ade la 2-3 bnde yg aku buat utk tmbh rzki.. mudah2an berjaya.. korang doa2kan la ye.

Ok, tadi tu intro je sebenarnye.. huhuhuhu.. ntah kenapa ari ni aku rasa mcm nk share sesuatu yg agak sensitive, emotional, dan x sesuai utk seorg lelaki utk share bnde nih sebenarnye... so sebelum apa2, aku mintak sape2 yg menyampah nk bace pasal bab2 cinta2, kasih syg, dan sape malas nk amek tau pasal hal peribadi aku, sila la keluar drp blog ni, bkn menghalau, tp aku brani kompem korang nyampah dgn post kali nih.

Apa itu jodoh??
 
   Ok.. topik ari ni ialah tentang soal jodoh. Bile ckp tntg jodoh ni, msti kat pala hotak kite dh terbygkn sebuah hubungan cinta yg berakhir dgn sebuah ikatan yg sah kan? Tapi adakah semua hubungan cinta berakhir dgn sebuah ikatan yg sah? Adakah semua pasangan yg bercinta akan berakhir dgn perkahwinan? Inilah yg dinamakan jodoh.
 
   Kalau jodoh tu dah datang, kite x dpt elak.org yg paling kite bnci pun kita bleh suka kalau dh mmg org tu jodoh kita. Org yg btol2 kite yakin xkan curangi kita pun bleh brubah kalau dh bukan dia jodoh kita. Kadang2 jodoh boleh menemukan kita dengan org yg kita x sangka kita akan kenal. Kadang2 org yg dah kawin 10 tahun pun boleh bercerai, sebab xde jodoh.
 
   Itulah dia kehebatan jodoh. Kenapa jodoh itu hebat? Sebab ia hak Allah. Kita mungkin boleh ubah nasib dengan berusaha, tapi kita x boleh ubah 3 perkara, jodoh, pertemuan dan ajal. Kerana 3 perkara ni adalah hak mutlak Allah yang kita x bleh kawal.
   Kepada yang putus cinta, jangan terlalu meratap dan bersedih sebab kalau kita fikirkan semula, putus cinta tu jugak sebenarnye adalah jodoh. Kalau kita putus cinta, anggaplah kita dah dijodohkan utk tidak bersama dengan org yg kita mahukan. Kepada lelaki yg putus cnta dsbbkn gf brubah hati, aku sgt fhm pe korg rase. Sbb aku pun ade pengalaman yg boleh jadik drama 13 episode kalau nk dihuraikan 1 per 1.. huhu

   Ok ni dah sampai part yg korang akan menyampah nk bace. Sape saggup baca, bca la, sbb ade pengajaran di hujung nya nnti. Kalau x sanggup, korang trus skip ke bahagian pengajaran la k.

 Pengalaman
Pada tahun 2002, mase tu aku tgktn 4, time tu aku ni pengawas kat skolah, so boleh la jugak dikatakan ramai yg knal aku, sbb mase tu jugak aku aktif dgn seni silat. Dipendekkan cerita, aku berkawan dengan sekumpulan budak2 pmpuan tgktn 1 yg sgt rajin buat study group. So dlm group nih ade la sorg budak pmpuan yg sgt2 baik, rajin dan sgt sopan santun. Kat blog ni, biar la aku namakan dia sbg M.
So dipendekkan cerita, aku berkawan la dgn M dan kawan2nye drp dia tgktn 1, sampai la aku dan dia masuk universiti. Dlm tmpoh kat skolah menengah tu, aku slalu gak ngorat dia, gurau2 la konon. Tp aku pun tau dia syok kat aku gak sbb kwn2 dia ade bgtau dia senyap2 suke kat aku. Tp kitorg xpnh dclare ape2, sampai la aku dah masuk Uitm sem 2 baru la dia mengaku dia suka kat aku.
Dan alangkah terharunye aku bila aku dpt tau drp kwn2 dia bahawa sepanjang 6 tahun perkenalan kami, dia x penah bercinta dgn sape2 semata2 utk tunggu aku. Dlm tmpoh tu aku penah cple dgn org lain, sbb aku igtkn dia just lyn aku stakat gurau2 gtu je, lgpun xpnah dclare kan. Rupanya dia tggu aku single smula. Korg bleh bygkn btape hpy n trharunye aku kan3?

So kemudian dia plak masuk U. Malangnye hubungan hanya bertahan selama 2 tahun setengah. M ada org lain mase aku dekat2 nk konvokesyen.  Aku mmg sdih, mak aku, fmly aku mmg sdih. Tp nk buat mcm mana kan? Dh xde jodoh. Cuma yg aku btol2 sedih, friendship yg terjalin bertahun2 berakhir mcm tu je, kalau aku tahu aku akan kehilangan M, lebih baik aku x cple dgn dia, at least aku still boleh jadik kawan dia sampai bila2.
Sekarang ni, biar aku plak tunggu M sampai 6 tahun. Bukanlah aku nak dok tunggu dia mcm org bodoh sdgkn dia dh bhgia dgn org lain, mksud aku, aku xdpt nk bukak hati kpd sape2 buat masa ni, kalau betul aku nk cari pengganti pun, aku perlukan lebih kurang 6 tahun jugak utk lupakan M. Skrg dh tahun ke 3 dan aku masih rasa M ade dkt dgn aku. Mudah2an M dijodohkan dgn org yg baik. Dan mudah2an aku djodohkan dgn seorg yg sebaik M.

Pengajaran
Kalau kita bercinta, jangan terlalu yakin hubungan itu berkekalan. Sebaliknya kena bersederhana dan cuba untuk menghargai pasangan kita sebaik2nya. M tinggalkan aku mungkin sbb cara aku yg selamba, seolah2 x menunjukkan aku hargai dia. Xpe lah, mungkin sesetengah org nk kena nampakkan kita hargai dia secara zahir baru dia rasa dihargai. Aku x salahkan M sepenuhnya.
Korang ingat baik2 ye, kalau jodoh tak mmihak kpd kita, cuba utk tak marah atau maki org yg tgalkn kita tu, sbb sekurang2nya dia pernah sayang kita sepenuh hati, sebelum hati dia berubah. Hargai lah dia sebagai org yg pernah hargai kita walaupun sekejap.

Kepada sesiapa yg masih nak cuba pujuk si dia yg telah pergi kpd org lain, atau yg nak sejukkan hati yg x tenteram, cubalah sekali sekala tulis surat utk si dia walaupun surat tu xkan sampai kpd dia. Mudah2an selepas kita dapat luahkan apa yg terpendam, kita akan tenang. Take a chance, mana la tahu dia dapat tengok surat tu dlm apa cara skali pun, mudah2an dia dpt fikir semula.

Untuk M
M,
Saya hargai M walaupun M xde lagi disisi saya
Di mana jua M berada, M jangan lupakan saya
Sebab saya x pernah lupakan M
Saya bercerita ttg M bukan utk membuka aib M
Saya nak zahirkan penghargaan saya terhadap M sbb saya x pernah berjaya tunjukkan sebelum ni.

Jodoh ditangan Tuhan, siapa tahu 1 masa nanti kita akan berjumpa semula
Selagi saya percaya pada Tuhan, x mustahil jodoh masih boleh menyebelahi kita.

 Penutup
Setiap yg berlaku ada sebab dan hikmahnya.
Terimalah hakikat dgn tabah, walaupun pedih, redha adalah lebih baik drp berdendam.

p/s: kepada sesiapa yg faham dan kenal siapa M, senyap2 sudah... :P

 Antara gambar terakhir aku bersama M


Thursday, 26 May 2011

Ikhlaskah kita???

Salam ikhlas dari aku kepada semua.

hahahaha, lain mcm je intro aku kali ni, knape eak? oh, mungkin sbb aku nk borak isu ikhlas. intro aku tadi ade sebut "salam ikhlas"... hm... cube kite fikir balik, ikhlas ke aku bg salam tu? btol ke ikhlas? bukan nk mintak org jwb salam aku ke??? ntah2 sengaja nk org nmpk aku ikhlas... hurm......

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/03/ikhlas.jpg?w=803&h=1024

Isu ikhlas ni sebenarnye subjektif. tapi mcm mana pun isu ni masih boleh dibincangkan.
perhatikan kata2 di bawah ini:

1- seorang yang kaya memberi sedekah kepada anak jalanan, "kamu ambil lah duit ni, saya ikhlas memang nak bagi"

korang rasa tu, lelaki kaya tu ikhlas nak bg duit kat budak tu ke x? bagi aku, ade 2 jwpn utk persoalan ni, dan persoalan ni cuma boleh terjwb sekiranya apa yg diharapkan oleh org kaya tu x berlaku. ofkoz dalam fikiran org kaya ini, anak jalanan ini akan tersenyum, tunduk syukur, dan berterima kasih kepadanya. tapi apa pula reaksi lelaki kaya ini jika anak jalanan itu terus beredar bersama duit tersebut, atau pun memberikannya kepada org lain? jadi jawapannya ada 2:
a) lelaki ini ikhlas jika dia tidak mengungkit sedikit pun setelah duit tersebut menjadi milik anak jalanan itu, kerana org yg ikhlas tidak akan menyebut2 tentang apa yg sudah diberikan kepada org lain dan sudah menjadi milik org itu.
b) lelaki ini tidak ikhlas sekiranya dia mengungkit2 seperti "wei budak, aku  dah bagi kau duit, kau blah macam tu aje? cakap la trima kasih ke, syukur pada Tuhan ke, kalau aku tahu kau macam ni, baik aku tak payah bg duit kat kau!" kata2 seperti ini menunjukkan bahawa keikhlasan lelaki ini seolah2 bersyarat. bermaksud jika anak jalanan itu melakukan sesuatu yang baik sperti berterima kasih, maka lelaki kaya ini ikhlas memberi duit tersebut, manakala jika anak jalanan ini berlaku tidak baik seperti lari atau memberi duit tersebut kepada orang lain, maka lelaki kaya ini tidak ikhlas memberikan duit tersebut. adakah kita bersedekah demi mendapatkan penghargaan???


2- seorang lelaki yang membelanja seorang perempuan utk makan malam, "xpe, xpe, i belanja u. ikhlas ni, xpyh bayar k"

sekali baca pun kita dah tahu mamat kat atas ni sebenarnya nak impress prempuan tu, dan seboleh2nya nak nampak ikhlas dalam semua perkara yang dia buat. sedangkan jauh disudut hatinya terletak keinginan untuk dipuji, atau untuk disukai oleh perempuan tersebut. persoalannya, adakah ikhlas itu sebuah senjata atau strategi untuk menarik perhatian perempuan?  nk tahu lelaki ni betul2 ikhlas ke tak, cube kalau perempuan tu makan je everytime mmt ni belanja, last2 prempuan ni ckp yg dia dh ade pakwe, ape yg mmt tu akan fikir tentang segala yg dia belanjakan utk prmpuan ni? ikhlas ke mmt ni pada asalnya?? fikir2kan la k.


3- seorang guru yang memberi ucapan kepada murid2nya ketika sambutan hari guru, "saya ikhlas mengajar kamu semua, kerana saya mahu usaha saya selama ini dibalas dengan kejayaan kamu"

mmg bagus menjadi seorang pendidik. keluarga aku sendiri pun dekat 20 org kerja sbg guru, termasuk la aku sndri pun penah kerja sbg pensyarah kat sebuah kolej. so aku x nafikan mengajar mmg best. n aku jugak x nafikan ramai guru yg benar2 ikhlas membimbing murid2nya. tapi kalau based on ayat di atas, aku rasa cgu tu masih belum cukup ikhlas. nk tau sbb apa? sebab dia mengharapkan usahanya selama ini dibalas dengan kejayaan anak2 muridnya. jadi apa pula akan terjadi skiranya anak2 muridnya tidak berjaya dalam pelajaran?? terbatalkah keikhlasan guru ini? fikir2kan ye..

4- seorang yang rajin bersolat menasihatkan seorang remaja untuk solat "kamu rajin2 lah solat, kalau tak solat, masuk neraka. kalau rajin solat dapat lah pahala, boleh masuk syurga"

Mmg betul tak solat dpt dosa, masuk neraka. mmg btul amalan solat dijanjikan pahala, dan seterusnya dpt ke syurga. tapi sejauh mnakah keikhlasan kita dalam solat? jawapan untuk persoalan ini sangat2 subjective. tapi cuba kita tanya beberapa org yg mengerjakan solat, mengapakah mereka mengerjakan solat? di bawah ini mungkin jawapan yang paling biasa kita dengar:
a) "sbb takut masuk neraka"
b) "sbb nk masuk syurga lah"
c) " nk dpt pahala"
d) "taknak berdosa"
jika jawapan mereka a dan d, cuba kita fikirkan, ikhlaskah kita jika kita solat kerana takut sesuatu yg buruk berlaku kpd kita? bagaimana pula jika Allah tak janjikan dosa dan neraka, hanya pahala dan syurga? adakah kita akan terus bersolat? atau mungkin ada antara kita yg berkata "solat ke tak solat same je, masuk syurga jugak"..

jika jawapan mereka adalah b dan c, cuba kita fikirkan, ikhlaskah kita jika kita solat semata2 untuk mendapat ganjaran pahala dan syurga? bagaimana jika Allah tidak menjanjikan pahala dan syurga, hanya neraka? adakah kita terus bersolat, atau mungkin ada antara kita yang berkata,"solat ke x solat sama je, ada neraka je"

bukanlah aku nk pesongkan akidah plak nk kata allah x janjikan syurga atau x jnjikan neraka, tapi yg aku maksudkan ialah, ikhlaskah kita dalam solat? adakah kita solat kerana mengharapkan sesuatu atau takutkan sesuatu?

solat perlu dijadikan rutin, sama mcm makan. kenapa aku kata kena jadikan mcm makan?
cuba korang fikirkan,
hidup perlu makan, apepun terjadi mesti makan, kalau xdpt makan lauk yg sedap, kita sanggup mkn lauk yg x sedap, kalau yg x sedap pun kita xdpt, manusia sanggup meminta sedekah semata2 untuk mencari sesuap makanan, kalau x mampu minta sedekah pun, ada juga manusia yang sanggup makan sisa2 makanan org lain di dalam tong sampah.

skali lg aku ulang, bukan nk samakan solat dgn makan sampah, yg aku mksudkan ialah, jadikan kepentingansolat tu sama level atau lebih penting daripada makan. bermaksud, walaupun dijanjikan syurga, walaupun digerunkan dgn neraka, solat tu jadi amalan harian yg wajib kita lakukan dgn ikhlas bukan hanya mgharapkn syurga, bukan hanya krana takutkan neraka. hal syurga neraka biar Allah tentukan.

so kesimpulan aku ialah, ikhlas bermaksud melakukan sesuatu tanpa didesak atau diberi ganjaran, dan tidak diungkit2 setelah dilakukan.

siapalah kita nak menilai keikhlasan org lain, apa yg mampu kita lakukan adalah ikhlaskan diri dalam setiap perkara yg kita lakukan, hanya Allah sahaja mampu menilai keikhlasan seseorang manusia.



topik2 lain:


  1. Rahsia Kunci Syurga  
  2. jawapan kepada soalan "di mana nama Muhammad dalam bible"? 
  3. jawapan kepada soalan "kenapa Allah memanggil dirinya sebagai Kami sedangkan islam mengajar bahawa Allah itu satu"
  4.  Islam Memelihara Kaum Hawa  
  5. Poligami dalam Islam  
  6. untuk pasangan suami isteri
  7. mole people- mungkinkah yakjuj dan makjuj?
  8. Jawapan kepada soalan "Why didn't God heal amputees?" 
  9. Al-Quran dan Sains 
  10. solat taubat
  11. English vs Arab 
  12. Awan aneh Mammatus 
  13. Arachnophobia 
  14. 7 beradik Jin dari thailand menginap dalam badanku.... 
  15. untuk ibu tersayang.. walau tak dapat kucurahkan dengan kata2. 
  16. Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928 
  17. Hasil Kajian yang menarik. 
  18. U-NiQa DeXine 
  19. Hikayat Mimpi 
  20. Nak cuba aktif blogging

Monday, 23 May 2011

Untuk pasangan suami isteri..

Salam kpada semua.. lame gile aku senyap drp blogging.. maklum la bukan slalu pun aku ade mase.. kalau free tu, btol2 free, kalau bz plak, nk tdo pun x smpat. huhuhu.. k la, aku xde byk mase nk taip panjang2. so aku copy drp email yg aku dpt drp kawan aku yg skrg dok kat singapura. aku nk kredit nama beliau, tp beliau kata xpyh. so topik kali ni ialah berkaitan kebahagiaan rumah tangga. bukan perbincangan, just story yg byk manfaat dan tauladan.. aku harap kalau aku kawen nnt, mudah2an dpt isteri yg baik. hm.. k la korang bace la dlu k. aku nk buat kerja sat. :)



Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah,dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya,:

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab: "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!".


gambar hiasan

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal, mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan "laa taghdhab [jangan marah]" kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api, sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.



topik2 lain:

  1. Rahsia Kunci Syurga  
  2. jawapan kepada soalan "di mana nama Muhammad dalam bible"? 
  3. jawapan kepada soalan "kenapa Allah memanggil dirinya sebagai Kami sedangkan islam mengajar bahawa Allah itu satu"
  4.  Islam Memelihara Kaum Hawa  
  5. Poligami dalam Islam  
  6. mole people- mungkinkah yakjuj dan makjuj?
  7. Jawapan kepada soalan "Why didn't God heal amputees?" 
  8. Al-Quran dan Sains 
  9. ikhlaskah kita?
  10. solat taubat
  11. English vs Arab 
  12. Awan aneh Mammatus 
  13. Arachnophobia 
  14. 7 beradik Jin dari thailand menginap dalam badanku.... 
  15. untuk ibu tersayang.. walau tak dapat kucurahkan dengan kata2. 
  16. Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928 
  17. Hasil Kajian yang menarik. 
  18. U-NiQa DeXine 
  19. Hikayat Mimpi 
  20. Nak cuba aktif blogging

Sunday, 15 May 2011

Solat Taubat

Salam..
korang pernah tak rasa bersalah pada diri sendiri? atau rasa bersalah pada org lain? atau mungkin lebih besar, rasa bersalah terhadap Allah?
oleh sebab aku xde idea nk tulis ape, so ape kata kite smua baca tentang cara nak buat solat sunat taubat. untuk aku, untuk korang, untuk smua..


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
topik2 lain:

  1. Rahsia Kunci Syurga  
  2. jawapan kepada soalan "di mana nama Muhammad dalam bible"? 
  3. jawapan kepada soalan "kenapa Allah memanggil dirinya sebagai Kami sedangkan islam mengajar bahawa Allah itu satu"
  4.  Islam Memelihara Kaum Hawa  
  5. Poligami dalam Islam  
  6. mole people- mungkinkah yakjuj dan makjuj?
  7. Jawapan kepada soalan "Why didn't God heal amputees?" 
  8. Al-Quran dan Sains 
  9. solat taubat
  10. English vs Arab 
  11. Awan aneh Mammatus 
  12. Arachnophobia 
  13. 7 beradik Jin dari thailand menginap dalam badanku.... 
  14. untuk ibu tersayang.. walau tak dapat kucurahkan dengan kata2. 
  15. Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928 
  16. Hasil Kajian yang menarik. 
  17. U-NiQa DeXine 
  18. Hikayat Mimpi 
  19. Nak cuba aktif blogging