Pages
Followers
Welcome to my life
Occupation: Lecturer (Neo Art Institute), Digital Illustrator (My Iman Technologies), Graphic designer (Corus Hotel KL), Publishing Coordinator (Endona Corporation), Lecturer (SG Academy)
Education: Bachelor Degree of Art and Design, Uitm.
D.O.B: 14 April 1986
From: Johor
Current City: Kuala Lumpur.
MACAM RAJIN NAK BLOGGING SEMULAAAAA JE....
Monday, 21 March 2011
Arachnophobia
Awan aneh Mammatus
Sunday, 13 March 2011
Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928
Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.
Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.
Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.
Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.
Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.
Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.
sumber dari: http://ajaibbenar.blogspot.com
untuk ibu tersayang.. walau tak dapat kucurahkan dengan kata2.
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
Saturday, 12 March 2011
Al-Quran dan Sains
antara fakta2 penting yang terkandung dalam al-quran adalah:
1) teori big bang (letupan besar yang menghasilkan seluruh dunia) dan penghasilan mikroorganisme daripada air yang berevolusi menjadi makhluk2 pertama di bumi.
-dalam surah Toha ayat ke 30
"Apakah orang-orang kafir tidak tahu bahwa langit dan bumi itu dahulunya adalah satu (suatu yg tertutup, padat), lalu itu Allah pisahkan. Dan Allah membuat dari air segala sesuatu yg hidup. Apakah mereka (orang kafir) tdk akan beriman"
2) teori expending universe (alam semesta sentiasa mengembang/ meluas)
- dalam surah Az-zaariyaah ayat 47
"Dan langit, Allah meninggikan itu dgn kekuatan dan sesungguhnya Allah yg maha meluaskan"
3) jumlah planet dalam sistem solar
-dalam surah yusuf ayat 4 (9 buah planet sedia ada + planet X dan 1 lagi planet yang sedang disahkan oleh NASA= 11 buah)
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"
4) kewujudan Nebula Ros (gugusan gas dan bintang yang membentuk sebuah nebula berbentuk bunga ros merah)
-dalam surah al-rahman ayat 37
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak"
5) 7 lapisan langit (atmosfera terbahagi kepada 7 lapisan iaitu troposfera, stratosfera, ozonosfera, mesosfera, termosfera, ionosfera dan eksosfera)
-dalam surah al-baqarah ayat 29
"Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu"
6) proses kejadian manusia (proses perkembangan janin sehingga menjadi bentuk manusia)
-dalam surah al-mukminun ayat 12 hingga 14
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik."
Banyak lagi bukti2 saintifik yang dapat dihuraikan melalui kitab suci al-Quran. Segala ilmu telah Allah curahkan kepada kita melalui Al Quran, tetapi kenapa orang bukan islam pula yang lebih maju daripada kita? fikir2kan lah...
English vs Arab
- giraffe : ziraf/ ziraffa/ al-zirraf/ zarafa
- earth: ardh/ al-ardh/ ardhi
- paradise: firdaus/al-firdausi
- eden garden/ eden heaven: 'aden/ 'adeniah/ 'adni/ jannatul 'adni
- satan : syaithon/ syaitan
- cave: kahf/ al kahf/ al kahfi
- cat : qittun/ al-qit/ al-qittun
- alchemy: al-kimiyah/ al-kimiya
- algebra: al-jabbar
- guitar: qitara/ al-qitara
- spinach: isbinakh
kadang2 tak perasan kan? atau mungkin tak pernah tahu. orang kita sibuk agung2kan bahasa barat sedangkan mereka sendiri banyak pinjam bahasa al-quran. apa kata lepas ni kita sama2 belajar bahasa arab pulak, tak rugi pun....