ok2, malas nak cerita pasal perkara2 yang terjadi sepanjang setahun lebih ni, bleh sakit mental dibuatnya. Eh, cakap pasal sakit mental ni, hari ni aku nak share tentang "Alice: Madness Returns". Filem ape tu? Ke kartun? Macam x pernah dengar je.. hehe sbnrnye Alice: Madness Returns adalah sebuah adventure game untuk pelantar PS2, PS3 dan XBOX 360. So kenapa hari ni aku tetibe nak cerita pasal game plak? ape yang best sangat? Jawapannya: MEMANG BEST. DAN AKU SUKA JALAN CERITANYA.
Pernah tengok crita kartun Alice in Wonderland tak? ha sbnrnye "Alice: Madness Returns" adalah sebuah "plot twist" kepada kisah Alice in Wonderland. Jap2.. baca dulu k....
Cerita Asal:
"Alice sedang mendengar kakaknya membaca sebuah buku cerita di tepi sebuah sungai. buku yang dibaca oleh kakaknya itu adalah buku tanpa gambar. Alice mula berasa bosan dan ingin mencari perkara baru. tiba2 dia ternampak seekor arnab yang sedang terlompat2 menuju sebuah lubang yang besar dan dalam. Alice terjatuh ke dalam lubang itu dan bermulalah sebuah pengembaraan penuh imaginasi di sebuah negara yang digelar Wonderland.
ALICE: MADNESS RETURNS
Apa yang menarik dalam plot twist dalam game ni sebenarnya adalah bagaimana penulis skripnya menukar jalan cerita asal yang sangat sesuai dengan kanak-kanak, kepada sebuah cerita "psycho horror" yang mana watak utama iaitu Alice digambarkan sebagai seorang pesakit mental yang mengidap "schizophrenia" dan sering mengalami halusinasi akibat trauma yang melampau. Penyakit ini semakin parah apabila memorinya yang sudah lama hilang digantikan dengan sebuah ingatan lain yang menceritakan bahawa kematian kesemua ahli keluarganya adalah disebabkan perbuatannya sendiri.
Sepanjang pengembaraan baru di Wonderland, Alice bersenjatakan pisau yang digelar Vorpal Blade. Alice membunuh setiap musuh yang hadir, semakin banyak darah yang tumpah, Alice akan menjadi semakin kuat. malah jika nyawanya hanya tinggal 10%, dia boleh mencapai suatu tahap yang digelar "hysteria" yang mana dia tidak akan cedera sedikitpun selagi masih berada dalam keadaan tersebut. pada ketika ini sebenarnya tubuh Alice sedang mengamuk di dunia nyata.
![]() |
| Alice- Hysteria |
Setelah menyiasat, barulah dia mengetahui kisah sebenar disebalik tragedi yang meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Sebenarnya Dr. Bumbylah yang membakar rumah keluarga Alice dan menculik Alice untuk dijual kepada bapa ayam dan pencabul kanak2. Selama ini Dr. Bumby menggunakan hipnotis terhadap Alice semenjak dia kecil supaya dapat menghilangkan ingatan Alice tentang kejadian kebakaran tersebut, dan mengalihkan kesalahannya kepada Alice sendiri.
Alice tersesat di Wonderland, sehinggalah dia berjumpa dengan satu watak jahat yang bergelar Dollmaker. Dollmaker mengubah setiap watak dalam Wonderland kepada patung2 permainan. Dollmaker sebenarnya adalah representasi watak Dr. Bumby yang menjadikan Alice dan kanak2 lain sebagai barang permainan yang boleh dijual beli.
![]() |
| Cheshire Cat |
Alice akhirnya berjaya mengalahkan Dollmaker di Wonderland, dan kemenangan tersebut memberikannya kekuatan untuk menentang Dr. Bumby di dunia nyata. Alice menolak Dr. Bumby ke atas rel keretapi sebelum membiarkannya mati digilis.
![]() |
| Doll Children |
![]() |
| Dollmaker |
Dia meninggalkan stesen tersebut dan melihat kawasan sekitarnya berubah menjadi sebuah tempat yang merupakan campuran alam nyata dan Wonderland. ini menunjukkan fikirannya sudah mula kembali kepada realiti.










