Followers

Welcome to my life

Name: Mohd Hanifah
Occupation: Lecturer (Neo Art Institute), Digital Illustrator (My Iman Technologies), Graphic designer (Corus Hotel KL), Publishing Coordinator (Endona Corporation), Lecturer (SG Academy)
Education: Bachelor Degree of Art and Design, Uitm.
D.O.B: 14 April 1986
From: Johor
Current City: Kuala Lumpur.

MACAM RAJIN NAK BLOGGING SEMULAAAAA JE....




Thursday, 15 May 2014

Refreshing Our Life

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca, tu pun kalau ada yg baca post2 kat blog ni lah...

Dah berapa kali aku try nk aktif semula berbloging, tp masa tak mengizinkan. rasanya last aku aktif berblogging ni kalau tak silap dalam tahun 2012. so dah skip dekat 2 tahun dah.

Kalau nak pandang semula ke belakang, dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni sbnrnye banyak perkara dah berlaku pada aku. Tapi alhamdulillah, keadaan semakin baik. Aku dah mula keluar sikit demi sedikit drp masalah2 yg aku hadapi sepanjang 5 tahun ni.

So the main topic utk post kali ni ialah Refreshing Our Life. Kadang2, selalu, kita rasa serba tak kena dgn segala masalah yg kita hadapi. macam sangkut kat msalah tu dan xde jalan keluar. sampai satu tahap kita terfikir untuk lari daripada masalah, sedangkan kita tak perasan, semakin kita lari, semakin kita dekat dgn masalah tersebut.

Dipendekkan cerita, aku rasa aku dh mula masuk ke fasa "refreshing" yang mana segala data ttg kehidupan aku dah mula nak reset. Alhamdulillah syukur, buat masa ni aku dah mula keluar drp beberapa masalah yang sangat2 rumit.

Apa yang pasti apabila Allah dah keluarkan kita drp belengu masalah, kita seharusnya cuba perbaiki diri dan sentiasa mencari jalan supaya kesusahan lalu tidak lagi kita harungi. Aku tak kata aku dah senang, atau dah bahagia, atau dah kaya. cuma yang aku berani cakap ialah aku dah mula hidup baru. keluar daripada kepompong yang membelengu kehidupan aku sebelum ni.

Ketepikan kata2 orang, apa yang pasti kita tahu dimana kelemahan kita, di mana kesilapan kita, dan kita perlu mencipta kekuatan diri dan memperbaiki kesilapan lalu.

Aku berbloging bukan utk tujuan komersil, malah belum tentu ada yang baca post ni. ntah2 just jadi diari aku je. cuma, aku rasa tak salah kalau kita berkongsi pandangan ttg kehidupan.

Untuk tujuan itu, aku remove dulu post2 berkaitan keagamaan, sbb xnk nnt ade yg kata aku blagak baik. dan nanti aku akan lebihkan post2 yg boleh dibaca oleh semua orang x kira agama, bangsa atau umur.

stakat ni je dulu. nanti aku update lg

Friday, 29 November 2013

"Alice: Madness Returns"

Assalam buat semua. aku rasa dah dekat  setahun lebih kot aku x berblogging.

ok2, malas nak cerita pasal perkara2 yang terjadi sepanjang setahun lebih ni, bleh sakit mental dibuatnya. Eh, cakap pasal sakit mental ni, hari ni aku nak share tentang "Alice: Madness Returns". Filem ape tu? Ke kartun? Macam x pernah dengar je.. hehe sbnrnye Alice: Madness Returns adalah sebuah adventure game untuk pelantar PS2, PS3 dan XBOX 360. So kenapa hari ni aku tetibe nak cerita pasal game plak? ape yang best sangat? Jawapannya: MEMANG BEST. DAN AKU SUKA JALAN CERITANYA.

Pernah tengok crita kartun Alice in Wonderland tak? ha sbnrnye "Alice: Madness Returns" adalah sebuah "plot twist" kepada kisah Alice in Wonderland. Jap2.. baca dulu k....

Cerita Asal:

"Alice sedang mendengar kakaknya membaca sebuah buku cerita di tepi sebuah sungai. buku yang dibaca oleh kakaknya itu adalah buku tanpa gambar. Alice mula berasa bosan dan ingin mencari perkara baru. tiba2 dia ternampak seekor arnab yang sedang terlompat2  menuju sebuah lubang yang besar dan dalam.  Alice terjatuh ke dalam lubang itu dan bermulalah sebuah pengembaraan penuh imaginasi di sebuah negara yang digelar Wonderland. 



Di sana, Alice berjumpa pelbagai watak2 aneh. Alice akhirnya  di tangkap oleh Ratu negara itu dan hendak dihukum kerana dianggap mengganggu perlawanan daun terup antara Ratu dengan lawannya. ketika hendak dihukum, badan Alice berubah saiz. kisah ini berakhir apabila Alice berjaya kembali ke alam sebenar, dan tersedar bahawa dia baru sahaja bangun daripada terlena di atas ribaan kakaknya."


ALICE: MADNESS RETURNS

Apa yang menarik dalam plot twist dalam game ni sebenarnya adalah bagaimana penulis skripnya menukar jalan cerita asal yang sangat sesuai dengan kanak-kanak, kepada sebuah cerita "psycho horror" yang mana watak utama iaitu Alice digambarkan sebagai seorang pesakit mental yang mengidap "schizophrenia" dan sering mengalami halusinasi akibat trauma yang melampau. Penyakit ini semakin parah apabila memorinya yang sudah lama hilang digantikan dengan sebuah ingatan lain yang menceritakan bahawa kematian kesemua ahli keluarganya adalah disebabkan perbuatannya sendiri.




Dalam "Alice: Madness Returns", Alice yang kini sudah menjangkau usia remaja, berada di sebuah rumah anak yatim dan dijaga oleh Dr. Bumby, seorang pakar sakit mental. Untuk menghalang Alice daripada mengingati peristiwa kematian ahli keluarganya, Dr. Bumby menggunakan teknik hipnotis supaya Alice boleh tertidur dan berasa tenang selepas sedar dari tidur. 

Alice & Dr. Bumby
Namun tanpa disedari, teknik tersebut sebenarnya telah membawa Alice kembali ke Wonderland yang kini sudah berubah kepada sebuah tempat yang penuh huru hara dan menakutkan. ini adalah kerana memori semasa berada di Wonderland ketika zaman kanak2 telah bercampur dengan ingatan palsu yang membuatkan Alice percaya bahawa dialah punca kematian ahli keluarganya.  

Sepanjang pengembaraan baru di Wonderland, Alice bersenjatakan pisau yang digelar Vorpal Blade. Alice membunuh setiap musuh yang hadir, semakin banyak darah yang tumpah, Alice akan menjadi semakin kuat. malah jika nyawanya hanya tinggal 10%, dia boleh mencapai suatu tahap yang digelar "hysteria" yang mana dia tidak akan cedera sedikitpun selagi masih berada dalam keadaan tersebut. pada ketika ini sebenarnya tubuh Alice sedang mengamuk di dunia nyata.

Alice- Hysteria

Alice akhirnya berjumpa dengan makhluk pertama yang dijumpainya di Wonderland semasa kecil iaitu Cheshire Cat. Menurut Cheshire Cat, keadaan huru hara dia Wonderland adalah disebabkan kuasa luar, dan bukannya Alice. Alice menjelajah seluruh Wonderland untuk mencari punca huru hara yang berlaku. Setelah beberapa pengembaraan, akhirnya Alice mendapat tahu bahawa sebenarnya orang yang membunuh ahli keluarganya bukanlah dirinya sendiri, kerana dia sudah mula teringat bahawa sebelum kakaknya Lizzie mati akibat hangus terbakar dalam sebuah kebakaran di rumah keluarganya, pintu bilik kakaknya itu terkunci dari luar, manakala ketika kejadian, Alice berada di bilik lain bersama ayahnya, dan melihat sendiri ayahnya rentung terbakar. Alice teringat bahawa Dr. Bumby lah yang sempat menyelamatkannya daripada kebakaran tersebut.  

Setelah menyiasat, barulah dia mengetahui kisah sebenar disebalik tragedi yang meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Sebenarnya Dr. Bumbylah yang membakar rumah keluarga Alice dan menculik Alice untuk dijual kepada bapa ayam dan pencabul kanak2. Selama ini Dr. Bumby menggunakan hipnotis terhadap Alice semenjak dia kecil supaya dapat menghilangkan ingatan Alice tentang kejadian kebakaran tersebut, dan mengalihkan kesalahannya kepada Alice sendiri.

Alice tersesat di Wonderland, sehinggalah dia berjumpa dengan satu watak jahat yang bergelar Dollmaker. Dollmaker mengubah setiap watak dalam Wonderland kepada patung2 permainan. Dollmaker sebenarnya adalah representasi watak Dr. Bumby yang menjadikan Alice dan kanak2 lain sebagai barang permainan yang boleh dijual beli.

 Cheshire Cat
Pertarungan terakhir di Wonderland adalah antara Alice dengan Dollmaker. Didunia sebenar, Alice sebenarnya sedang bangkit melawan Dr. Bumby di sebuah stesen keretapi. Di Wonderland, Alice dibantu oleh watak2 lain, yang mana di dunia sebenar  Alice dibantu oleh kanak2 lain yang sudah mula sedar mereka dipergunakan sepanjang mereka membesar di bawah jagaan Dr. Bumby.

Alice akhirnya berjaya mengalahkan Dollmaker di Wonderland, dan kemenangan tersebut memberikannya kekuatan untuk menentang Dr. Bumby di dunia nyata. Alice menolak Dr. Bumby ke atas rel keretapi sebelum membiarkannya mati digilis.

Doll Children


Dollmaker


Dia meninggalkan stesen tersebut dan melihat kawasan sekitarnya berubah menjadi sebuah tempat yang merupakan campuran alam nyata dan Wonderland. ini menunjukkan fikirannya sudah mula kembali kepada realiti.





Thursday, 18 October 2012

Abah Buat Aku Happy (A.B.A.H)

Assalam..

dikesempatan ini aku nk mintak korang sedekahkan Alfatihah utk Allahyarham Adenan bin Arshad. Bapak kawan aku, Adza Edie Izwan. post kali ni aku khas kan utk ahli keluarga beliau. so kalau ade yg x kenal nama2 yg ade dlm post kali ni, aku x ksah, just mintak sedekahkan Alfatihah k.

7 tahun yg lalu, aku berkenalan dgn sebuah keluarga yg sgt baik. mls nk crite panjang, senang crita, mereka2 dlm keluarga ni mmg byk mmbantu aku sepanjang aku study kat uitm sampai la aku dh bkerja. Ayah dalam keluarga ini adalah Allahyarham Adenan Arshad. Dia ni boleh la dikira bapak angkat aku. susah senang aku, kisah hidup aku, smuanya aku share dgn dia. kalau korang tgok, kat fb aku pun dia selalu comment setiap status yg aku update. kiranya dia mmg slalu amek tahu psal aku la.

sepanjang kenal dia, byk pkara yg dia pesan kat aku. antaranya, dia suruh aku ubah nasib keluarga kat kampung, ubah pandangan org thadap aku, dan kluar drp kepompong kemiskinan. wlupun smua tu msh blm trcapai sepenuhnya, aku ttp usaha utk tunaikn pesan arwah Pak Cik Adenan.

Sedih aku bila dpt tahu dia dah xde, patut la mase mlm raya puasa aritu, time aku call utk ucap slmt hari raya, dia ckp "Anip nanti dtg KL tau". Ayat tu mcm mmg suruh aku dtg, biasanya dia just tanya aku "bila lg nk dtg kl".  lpas dia xde ni baru aku prasan, seminggu sblum dia pergi, dia selalu sgt contact aku kat fb. selalunya dia mmg suka comment kat status aku, tp dlm seminggu tu, dia comment kat smua status aku, termasuk yg dulu2, dan dia like segala gmbr yg aku baru upload. org kata bila dh xde baru kite prasan dia nk pergi.

so dipendekkan cerita, walaupun aku x pnh panggil dia Abah sepertimana anak2 dia gelar dia kat rumah, tp utk menghargai segala jasa dan budi baik dia terhadap aku, aku sediakan sebuah lirik lagu khas utk mengingati dia dalam hidup aku. Lagu ni bukan utk aku sorg, lagu ni untuk anak2 dia, utk smua yg anggap dia mcm abah sndiri. bukanlah lagu ni dikarang utk dia dengar di liang lahadnya, tp just utk semua yg membaca lirik ni tahu kenapa aku menghargai dia. thanks alot, Pak Cik.


Abah Buat Aku Happy (A.B.A.H)

sesat aku di dunia baru
tiada tempat untuk ku tuju
saat itu hadir tanganmu
kau hulurkanku nafas baru

wajahmu tenang setiap masa
tidak terlihat apa di jiwa
susah senangku juga kau rasa
sedih dukaku kau tetap ada

abah selalu ada disisi
abah buat aku happy
abah selalu menemani
abah buat aku happy

yang hitam menjadi putih
yang putih menjadi terang
tidak lagi aku tersisih
abah buat aku tenang

kau faham benak hatiku
gelora aku di perantauan
kau tahu kisah hidupku
tak pernah aku engkau lupakan


abah selalu ada disisi
abah buat aku happy
abah selalu menemani
abah buat aku happy


Al-fatihah utk Allahyarham Adenan Arshad. 
ikhlas dari Mohd Hanifah, Gelang Patah, Johor Bahru. 

satu2nya gambar aku dgn arwah

P/S: susunan muzik utk lagu ni dah pun siap dan ia dicipta sendiri oleh anak Arwah Pak Cik Adenan iaitu Adza Edie Izwan. lirik dh ade, muzik dah ade, tinggal recording je. dgr cerita anak2 Arwah Pak Cik iaitu kumpulan D ADZA akan membuat videoclip dan menyanyikan sendiri lagu ni.

Tuesday, 2 October 2012

Video: Anakku Razali

Assalam...

sebagai balasan tak update blog ni selama hampir setahun, aku rasa hari ni aku nk kongsi video yang aku buat bersama member aku, Adza Edie. sebelum tu, aku just nk bgtahu, member aku si Edie ni pun designer jugak, Blaja same2 mase kat UiTM dulu. Kitorang byk buat video dan ade jugak buat kerja2 lain bersama2, contohnya aku ade tolong dia buat storyboard filem Libas satu masa dulu. ade jgk suka2 buat lirik lagu. aku buat lirik, beliau susun melodi. mcm tu la pe'el kami semenjak dulu hingga kini... ceh yg aku cerita lebih2 pasal Edie ni apsal..kang kembang plak lubang hidung beliau.so marilah kita bersama2 menuju kejayaan dgn menonton video ini..... (menuju kejayaan ke? hahahah) 



Cast:
Mohd Hanifah (Bapak)
Adza Edie Izwan (Razali)
Adza Danial Haiqal (budak)

Cameraman: Ben
Script Writer: Mohd Hanifah & Adza Edie
Drector: Adza Edie
Storyboard: Mohd Hanifah

_______________________________________(^_^)______________________________________



Monday, 21 March 2011

Arachnophobia

Chicken-eating-spider.jpg
Spider Nest in Hotel Room






Apa itu Arachnophobia? Ia berasal daripada perkataan Arachnids dan Phobia. Arachnids adalah nama yang diberikan untuk haiwan2 berkaki 8. contoh yang paling mudah ialah kala jengking dan labah2. kalau mengikut istilah sains, labah2 dan jengking bukan dari keluarga 'serangga' kerana hanya haiwan berkaki enam dan mempunyai badan 3 segmen sahaja yang diklasifikasikan sebagai serangga. Phobia pula bermaksud perasaan geli, takut, ngilu, atau untuk lebih difahami, phobia bermaksud seriau (bulu roma naik, dan perasaan tidak selesa)

Aku seorang yang Arachnophobia. serius, mmg aku phobia dengan labah2. dulu mase kecik2 aku suka usik labah2. tapi ade bebrapa kejadian yang membuatkan aku betul2 phobia dgn labah2 ni.

1st, mase umur aku dalam 9 tahun kot, aku ade main nyorok2 dgn kgkwn aku. main kat tepi kawasan hutan. pastu punya la aku syok meyorok, tetibe je aku rase ade orang pegang bahu aku. tapi bile aku toleh belakang, xde plak sape2. last2 bile kawan aku dapat carik aku, die tak pasal2 menjerit panggil nama aku. aku pun dengan terkejutnye pun lari ke arah member aku tu, tp die plak lari selaju mungkin, seolah2 lari dari aku.  Sedang aku rasa pelik dengan perangai kawan aku tu, aku terasa leher aku plak mcm ade tangan geletek. pastu masuk plak ke dalam baju. aku pun cepat2 bukak baju dan baling baju tu kat tanah.. betape terkejutnye aku bile ternampak seekor labah2 yang besar tahap gaban sedang melekat kat baju aku tu. kalau x silap aku bukaan kaki2 labah2 tu sebesar tangan yang terbuka. badan die xla besar sangat, tapi kakinya yang panjang tu yang buat aku geli gile.

peristiwa kedua, simple je. aku tengah bersihkan rumah (mase tu umur aku dalam 11 tahun kot), tetibe time aku nak bersihkan sarang labah2 kat 1 sudut rumah aku  tu, seekor labah2 berbuntut besar jatuh betul2 kat atas kepala aku dan merayap sampai ke muka. yang aku ingat, aku terlalu terkejut plus geli sampai aku tampar bnde tu padahal tamparan tu kena kat muka aku skali.

peristiwa ketiga pun simple gak tapi mengingatkan aku kepada peristiwa ke dua. kucing aku yang sangat comel suke sangat main ape2 je yang bergerak depan dia. dlu pernah gak die bwk masuk anak ular ke dalam rumah aku. yang tu x geli la sebab ular cuma bahaya, tapi x menggelikan. so dipendekkan cerita, ade 1 hari ni aku ternampak kucing aku dok usik2 something kat bawah pintu rumah aku, aku pun selamba la konon nak keluarkan pe yang die main tu. mula2 aku ingatkan die main sebijik batu ke atau buah kurma yang jatuh kat bawah tu (sebab mase tu dah dekat2 hari raya), tapi bile aku usik je benda tu, tetibe je die gerak. baru aku perasan, yang benda2 macam akar kecik keliling "kurma" tu rupanya kaki labah2 tu! korang bayangkan la seekor labah2 yang buntutnye sebesar buah kurma! maka otomatiknye aku pun geli tahap babun. 

maka sampai ke saat ini aku masih lagi mengidap Arachnophobia. 1-1nye labah2 yang aku suke ialah spiderman. heheheh.
Black Spidey Issue 539

Awan aneh Mammatus

Kalau tengok gambar2 kat bawah ni, rasa takut pun ada, rasa beruntung pun ada. yang pasti, awan pelik ni adalah antara kejadian alam yang dapat membuatkan manusia berfikir tentang kekuasaan Tuhan.baca artikel kat bawah gambar tu untuk lebih byk info.

awan aneh
awan aneh

The shapes one sees in cloud formations can be as revealing as an inkblot test which is why there’s something undeniably Freudian about calling these clouds mammatus clouds or “breast clouds.”

Forming under the main body of other cloud types, mammatus clouds are pockets of air and water caught in another storm’s down draught. Mammatus are often called “supplementary clouds” as they are not clouds in their own right. They are usually paired with cumulonimbus thunderclouds and can indicate severe storms and tornados. Cumulonimbus clouds contain the ice crystals which frequently produce hail stones and torrential rain. Here in the United States, mammatus clouds are often seen during warmer months in the midwest or back east. But they can be found all over the world. Mammatus may be smooth or lumpy and may be opaque or semi-transparent. The phenomenon lasts no more than five to ten minutes.

Sunday, 13 March 2011

Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928

Aneh tapi benar...


LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.



Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.


sumber dari: http://ajaibbenar.blogspot.com