Welcome to my life

Name: Mohd Hanifah
Occupation: Lecturer (Neo Art Institute), Digital Illustrator (My Iman Technologies)
Education: Bachelor Degree of Art and Design, Uitm.
D.O.B: 14 April 1986
From: Johor
Current City: Kuala Lumpur.

Keep on bloggin' bebeh.. u know what time it is........... keep bloggin' bloggin' bloggin'......




Followers

Wednesday, 8 February 2012

Pengalaman menentang jin..

As-salam kepada semua.
Selepas terlalu sibuk dgn kerja2 di pejabat, kali ni aku nak luangkan sedikit masa untuk bercerita kat sini. panjang jugak la benda yg aku nk cerita nih. Pasal pengalaman aku ketika pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina, dan cuti Maulidur Rasul yang disambung dgn cuti Thaipussam beberapa hari lepas.

Sebelum apa2, aku mintak siapa2 yg x suka baca pasal bab2 makhluk halus, bab2 jin, bab rasuk merasuk, atau bab silat, anda dibenarkan keluar dari topik nih. sebabnya, kali ni aku mmg nk bercerita tntang pengalaman yang berkaitan dgn smua tu. Tak nak percaya pun xpe, aku x rugi ape2 pun. lgpun aku x smpat nk rakam video la plak mase berlaku kejadian nih. so kalau agak2 xbleh nk percaya, anggap la ni just cerita je k.

ok. kite mulakan cerita.

INTRO
______________________________________________________________________________
Kalau korang yg baca ni duduk area kampung aku, mungkin korang tahu komitmen aku selama 11 tahun dalam dunia persilatan, jadi x mustahillah kalau aku atau rakan2 seperguruan didatangi oleh entiti2 halus seperti jin, saka dan sihir. tp korang jgn ingat kitorg bela jin plak. kitorg banyak mengamalkan zikir dan doa2 yang diamalkan oleh rasullullah, so harap xde la yg terlalu skeptik sampai nk anggap semua silat mengamalkan ilmu kebal/ sihir.

nak dipendekkan cerita, dalam banyak2 anak murid yang belajar pada tahun pertama persatuan silat ni ditubuhkan, hanya tinggal 4 orang je pesilat tahun pertama yang bertahan sampai ke hari ni. Aku, Bad, Azir, dan Yadi. yg lain smua pesilat baru. tapi sekarang boleh dikira sebagai 3 orang je la, sebab aku dah kerja kat kl, jarang ada masa nak bersilat, tapi setiap kali balik kampung mmg aku join dorg la.
so dalam 3 org kawan aku nih, 2 daripada mereka ni diberi amanah untuk menguruskan 2 buah gelanggang di kawasan kampung kami. untuk pengetahuan, persatuan silat yang kami join sejak 11 tahun lepas ni dah berkembang di seluruh negeri johor, secara total, ada lebih dari 20 gelanggang berdaftar, dan kami 4 org ni biasanya mengajar di 2 buah gelanggang yang di amanahkan. Gelanggang SMK Gelang Patah diuruskan oleh Azir, manakala gelanggang SMK Nusajaya diuruskan oleh Yadi. Aku dan bad slalu datang membantu je, sbb kitorg masing2 dah ade kerja yg tetap.

Yadi mmg mahir bersilat, gerak bunga silatnya beralun lancar, maklumlah dia pernah aktif dalam tarian zapin. yadi adalah antara pesilat yang paling cantik gerakannya sepanjang pertubuhan silat ini bergerak aktif. kerana itulah dia diberi amanah untuk menguruskan gelanggang SMK Nusajaya, dan menjadi jurulatih utama di sekolah tersebut.
_____________________________________________________________________

Bab 1: "AKU SUKA BUDAK NI!!"

Yadi dah dekat 3 atau 4 tahun menguruskan gelanggang silat di SMK Nusajaya. sepanjang dia mengajar di situ, x pernah pulak ada orang dengki atau buat apa2 yang tak baik pada dia atau gelanggang tu, tapi baru2 ni ada sesuatu yg berlaku. Yadi diganggu oleh sekumpulan jin. ketika dirawat, barulah kami dapat tahu bahawa selama ini ada mata yang melihat gerak geri Yadi ketika dia mengajar di gelanggang itu. Orang itu adalah seorang guru silat yang tidak berpuas hati kerana silat yang diamalkan olehnya tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk diajarkan kepada para pelajar di sekolah tersebut. silat yang diamalkan oleh guru dari tanah jawa ini diberi nama Silat Garuda Harimau.

sebenarnya pihak SMK Nusajaya tidak membenarkan silat Garuda Harimau ini diajar di sekolah tersebut bukanlah berdasarkan berat sebelah, tetapi sebenarnya pihak sekolah difahamkan bahawa terdapat amalan2 syirik yang diamalkan dalam pelajaran seni silat tersebut seperti ilmu kebal dan jampi serapah yang bukan berasaskan alquran. Nak dijadikan cerita, guru jawa ini telah menghantar sekumpulan 100 lebih jin untuk menguasai badan Yadi.

Masa aku balik kampung time cuti raya Cina haritu adalah 1st time aku tgok Yadi dirasuk jin, sebelum2 ni kitorg lah yg membuang jin dari badan pesakit, kali ni yadi plak yg dimasuki jin. Ayat pertama yang keluar dari mulut yadi setelah dimasuki jin adalah "AKU SUKA BUDAK NI, SILAT DIA CANTIK. AKU NAK BADAN DIA".  pada ketika ini, cikgu Zainudin dari SK Nusa Perintis yang berinteraksi dgn jin tersebut. Cikgu Din ni adalah salah sorg penasihat dlm perguruan kami. Masa tu Bad dan Azir datang lewat, so aku terpaksalah tolong mana yg patut.  Maklumlah, aku ni dah 5 tahun x bersilat, x mengamalkan zikir2 dan doa yg boleh jadi pendinding, so risau jugak kot2 xdpt nak bantu.
________________________________________________________________

Bab 2:  4 LAWAN 1

Rupa2nya jin yang memasuki badan Yadi ni bukan sebarangan jin, dia ni dari golongan atasan, lebih kurang sama level dgn jin jenis Ifrit. Patutlah degil betul bila disuruh keluar dari badan Yadi. Cikgu Din siap tikam, sembelih, dan libas secara makrifat, tapi jin ni x keluar2 jugak. Jin ni jenis yang betul2 taat pada tuannya. dan sanggup mati untuk tuannya. 

10 minit kemudian, Bad dan Azir sampai ke tmpat kjadian. Cikgu Din dah x larat nak layan jin ni yg mengejek2 sbb Cikgu Din x dapat nak keluarkan dia. tiba2 Abang Adan, guru yang mengajar Yadi, Bad dan Azir tentang perubatan Ruqyah datang untuk membantu. Cikgu Din dah tak larat nak teruskan, tinggal aku, azir,bad dan abang adan je. Kami 4 orang buat bulatan dan mula membuat "pagar" di sekeliling yadi supaya jin tersebut tidak berpindah ke dalam badan orang lain.

dipendekkan cerita, daripada berlawan secara ghaib, sampailah betul2 bersilat 4 lawan 1, kami dapati jin ni bukan setakat boleh tiru gaya persilatan Yadi, malah dia boleh buat kami keliru sama ada yadi dah betul2 sedar atau x. maklum lah yg kami lihat secara zahir memanglah tubuh badan yadi, tapi setiap kali dia bergerak, tapak silat yang dibukanya berubah2, sekejap gaya silat Yadi, sekejap gaya silat Cikgu Johari (guru silat kami), dan kadang2 dia buka gaya silat Helang Putih atau silat harimau. Kami terpaksa jatuhkan yadi dan akhirnya  Abang Adan sempat mengeluarkan jin ini menggunakan surah al-kausar dan memasungnya ke dalam beberapa biji buah limau purut.
_________________________________________________________________________

Bab 3: Yadi vs Guru silat Garuda Harimau

aku ingatkan cerita pasal jin ni dah habis selepas jin tersebut dibuang keluar oleh abang adan. sehari selepas kejadian tu, aku balik ke kl. maklumlah cuti bukannya panjang. lebih kurang seminggu kemudian, aku balik ke kampung sekali lagi sempena cuti Maulidurrasul dan Thaipussam.

rupanya kali ni yadi dah kena lebih teruk. Aku sampai2 je kat tmpat yadi berubat, aku tgok yadi dah lembik. rupanya sebelum aku sampai, tubuh dia dah bertarung dgn Cikgu Din.

time ni cuma ada Yadi, Cgu Din, Hadi, Bad, dan aku je. kejadian ni berlaku kat surau sekolah Nusa Perintis.
 Jin tu kata (menggunakan tubuh yadi), "aku nak dia mati". so nak dipendekkan cerita, Cikgu Din dan anaknya Hadi menarik jin2 yg ada dlm tubuh Yadi ke arah tangan kanannya dan memaksa jin tersebut menulis beberapa perkara.di bawah ni antara perkara yang sempat ditanya beserta jawapannya sekali (jawapan ditulis di atas kertas, di tulis oleh tangan yadi yg bergerak sendiri)

Siapa nama tuan kamu: Sharif bin rafirem
Kenapa dia hantar kamu ke badan Yadi: mahu dia mati
Berapa banyak jin yg dihantar: 107
Berapa yang dah mati (rawatan sebelum ini): 57
Alamat rumah tuan kamu: 173, jalan jelutong, kampung pulai, gelang patah, johor
berapa kumpulan yang dihantar: 6 (depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan)
berapa orang ketua: 6
kamu jin islam atau kafir: kafir
tuan kamu islam atau kafir: islam
tuan kamu berasal dari mana: indonesia
apa amalan tuan kamu: silat Rarudah Rimau (garuda harimau)

selepas selesai menjawab di atas kertas, tangan yadi jadi lembik, betul2 lembik, kalau korang ade kat situ korang bleh tgok tgn yadi lembik mcm baru lepas patah tgn.

tiba2 yadi yg dlm kadaan sedar nk cakap sesuatu tp mulut dan hidungnya seperti dikunci rapat. merah padam muka yadi. rupanya jin tu menutup ruang pernafasan yadi. nsb baik Cgu Din sempat bacakan surah al-Fil dan lepaskan cekikan jin tu secara makrifat. kalau x sempat, time tu jugak yadi bleh meninggal dunia dsbbkan x dpt bernafas.

lepas tu badan Yadi dikuasai sepenuhnya oleh jin2 tersebut. sekali lagi kami terpaksa bertarung dgn Jin silat garuda harimau ni. mmg betul2 hebat langkah silat jin ni, maklumlah badan yg dikuasainya pun mmg badan seorang pesilat yg berbakat. tapi kali ni kami x lawn guna silat, kami terus je guna makrifat. beberapa kali jugak yadi terpelanting bila ditolak dgn makrifat pedang zulfaqar yg digunakan oleh cikgu Din. ade jugak beberapa kali ydai cuba menyerang aku, nsb baik la time tu bacaan aku menjadi, maka dapat jugak la aku tolak yadi secara batin. tp mase yadi tercampak ke dinding, aku dpt rasa tgn aku kena tarik oleh jin2 tu.

_____________________________________________________________________

Bab 4: Cari rumah guru Silat Garuda Harimau.

Sebenarnya sepanjang badan yadi dikuasai, yadi berada dalam keadaan separa sedar, dan sedang berdepan dgn guru silat garuda harimau tu. mcm mana dorg berlawan tu aku x pasti, tp yadi banyak kali jerit kat cgu Din supaya hantar serangan balas secara serong. sebab jin2 tu buat benteng di setiap penjuru depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. 

Cikgu Din dan anaknya Hadi terpaksa tidurkan dulu jin2 yg berada di badan Yadi. xtau la apa yg dibaca, sebab kaedah yg ni aku baru 1st time tgok, dan x pernah belajar. Yadi tertidur serta merta, dan menurut Cgu Din, jin2 yg masuk ke dalam badan Yadi ni pun tertidur skali, tp dlm tempoh yg terhad je, kalau yadi sembahyang atau baca quran, jin2 ni akan bangun sedikit demi sedikit. dlm 5 minit kemudian yadi sedar semula, tp jin2 tu masih x sedar sbb x dengar bacaan alquran lg. 

Gikgu Din buat mcm tu sebab risaukan yadi yg semakin lemah, so at least sepanjang jin2 tu tertidur, dapat la jugak yadi dan Cgu Din berehat sekejap. dah berapa hari diorang bertarung. ofcoz la penat.

Tak lama kemudian Azir dan Abg Adan sampai, selepas berbincang, kami buat keputusan utk cari guru silat garuda harimau ni. tapi kitorg gi minum2 dlu sbb kne tunggu Cgu Johari sampai. Dia nak join sekali.

dipendekkan cerita (padahal dah panjang dah heheh), selepas Cgu Johari sampai, kitorg terus bergerak ke kawasan kampung Pulai, dan cuba mencari alamat yg diberi. 4 buah kereta dan 6 buah motor. anak buah Azir dan Yadi pun turut menyertai konvoi mencari guru silat yg menghantar jin ke badan yadi ni.

malangnya, setelah kami mencari, baru kami dapati sebenarnya jin yg beri alamat ni dah tipu. memang kat situ ade alamat yg diberi, dan mmg ade org kenal guru ni, tp jalan jelutong ade banyak. dari jelutong 1 sampai jelutong 6.





bersambung.. (penat plak taip panjang2.. hehehe) harap sabar menunggu.

p/s* aku mmg x smpat nk rakam video mase kjadian, tp kalau x silap ade org lain smpat rakam kjadian ni guna handset dorg. tp atas permintaan yadi, kalau aku ada videonye pun aku xkan publish, takut org salah faham atau mendatangkan fitnah. cukup la sekadar korang baca je k. percaya atau x tu terpulang kpd penerimaan masing2, aku taip ni pun just nak cerita pengalaman cuti aku je, xde niat lain. sbb aku rasa pengalaman kali ni agk seronok utk dikongsi.


"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku" ( surah Adz-Dzariyat : ayat 56)

kalau rajin, tunggu la sambungannya nanti k. skrg aku dah mula nak bz... heheh kalau sempat aku sambung lagi. bye2 for now.. :)

0 comments: